ANAK
hari ini mendedahkan video yang didakwa sebagai bukti konspirasi
beberapa pihak termasuk pengurusan Felda Sungai Tengi untuk menyekat
program ceramah NGO tersebut dalam kejadian pada 4 Februari lalu.
Presiden ANAK Mazlan Aliman mendakwa video berkenaan menunjukkan satu mesyuarat yang diadakan sebelum kejadian tersebut, bagi membincangkan usaha untuk menghalang program ceramah itu.
Berdasarkan video itu, Mazlan mendakwa mesyuarat tersebut antara lainnya dihadiri wakil PERKASA, Umno, Majlis Belia Felda dan Jabatan Seranta Felda.
Beliau mendakwa, mesyuarat tersebut dirancang untuk menggagalkan program ANAK di kawasan Felda, termasuk mengadakan "huru-hara" dan juga untuk menghalang mereka daripada memasuki kawasan tanah rancangan tersebut.
"Apa yang sangat memeranjatkan apabila (pegawai) Felda menyebut tentang huru-hara. Sampai ke tahap huru-hara untuk gagalkan ceramah tersebut," kata Mazlan dalam sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.
Mazlan mendakwa, tindakan seperti itu dapat dilihat dalam kejadian yang dialami mereka pada 4 Februari lalu di Felda Sungai Tengi.
"Satu kekesalan kepada tindakan pihak polis, sedangkan Yang Dipertua PAS kawasan telah buat laporan polis sebelum ceramah.
"Kita lihat daripada sekatan yang dibuat, bagaimana satu program dengan kerjasama ketua kampung, tiba-tiba ada pihak lain yang tiada autoriti buat sekatan jalan raya.
"Ianya dalam pengetahuan polis, dan polis tidak buat apa-apa," kata Mazlan menceritakan mengenai insiden yang berlaku pada malam 4 Februari lalu.
Beliau mendakwa, kumpulan pengacau terbabit turut memukul anggota Unit Amal yang mengawal keadaan semasa kejadian tersebut.

No comments:
Post a Comment