February 04, 2013

Zuraidah berkata bantuan RM120 juta oleh Najib bukti SYABAS gagal menguruskan air di Selangor. – Gambar fail
KUALA
LUMPUR, 4 Feb – Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) Selangor menimbulkan
kesangsian sama ada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) ketika ini
berhadapan masalah kewangan sehingga menyebabkan Datuk Seri Najib Razak
mengumumkan bantuan tambahan RM120 juta kepada syarikat air tersebut,
serta mendakwa langkah tersebut tiada kena mengena dengan krisis air
yang dituduh oleh kerajaan pusat sebelum ini.
Pemimpin PR menyifatkan ia hanya lebih kepada gimik politik menjelang pilihan raya tidak lama lagi.
Langkah Perdana Menteri (PM) mengumumkan bantuan tersebut pada hujung
minggu lalu mempunyai kaitan dengan tindakan kerajaan PR negeri
Selangor apabila Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan
tempoh 14 hari kepada Putrajaya untuk menjawab tawaran mereka untuk
mengambilalih SYABAS.
“Kenapa perlu Najib suntik wang kepada SYABAS? Kenapa tambah
peruntukkan itu, untuk apa? Bagi saya, ia tidak akan selesaikan masalah
pengurusan air oleh SYABAS hingga sebabkan bekalan terputus di sekitar
Lembah Kelang,” kata Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin apabila
dihubungi The Malaysian Insider.
Zuraida juga mengecam langkah Najib yang membuat pengumuman tersebut
dikawasannya Ampang serta menyifatkan tindakan tersebut cubaan untuk
meraih sokongan dengan mempolitikkan isu air di Selangor.
“Bagi saya ini hanya gimik politik oleh BN untuk meraih sokongan
rakyat, ia jelas sebab diumumkan di Ampang,” kata Ketua Wanita PKR itu
lagi yang merujuk kepada program yang dihadiri oleh Najib di Ampang
hujung minggu lalu.The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment