February 04, 2013

Guan
Eng berkata perayaan Tahun Baru Cina tahun ini di Pulau Pinang akan
menjadi lebih meriah dengan persembahan Psy. – Gambar fail
GEORGE TOWN, 4 Feb - Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan
Nasional (BN) minggu depan di Pulau Pinang, yang akan menampilkan
bintang “Oppa Gangnam Style” Psy, akan menarik pelancong daripada
Thailand dan negeri lain, kata ketua menteri Pulau Pinang.
“Dia pasti akan menarik banyak pelancong dari Thailand dan negeri lain, Pulau Pinang akan jadi terkenal,” kata Lim Guan Eng.
Beliau menambah dengan mengatakan sambutan Tahun Baru Cina tahun ini
di negeri tersebut akan menjadi lebih meriah dengan persembahan Psy.
“Kali pertama Psy datang ke Malaysia dan dia datang ke Pulau Pinang, jadi sekali lagi Pulau Pinang mendahului,” kata beliau.
“Semua orang patut menghadiiri sambutan tersebut memandangkan terdapat
makanan percuma dan persembahan percuma untuk semua orag,” tambah beliau
lagi.
Sambutan anjuran BN tersebut dijangkakan menarik hampir 60 ribu penonton.
Penyanyi sensasi berasal dari Korea Selatan yang nama sebenar Park
Jae-Sang bakal membuat persembahan pada 11 Februari ini di padang
sekolah Han Chiang, lokasi yang menjadi simbolik kepada kemenangan DAP
pada Pilihan Raya 2008 lalu.
Padang sekolah Han Chiang adalah tempat perhimpunan terbesar DAP dan
sekutunya semasa kempen Pilihan Raya 2008 dan dilihat sebagai tanah
keramat tetapi sumber BN mengatakan telah berlaku “angin perubahan untuk
pengundi Cina” sejak dua tahun lalu.
Sambutan Tahun Baru BN Pulau Pinang dilihat sebagai dorongan utama untuk undi menjelang Pilihan Raya 2013.
Kerajaan Pulau Pinang telah mengatakan mereka akan membubarkan dewan
undangan negeri seretak dengan kerajaan pusat selepas Najib membuat
keputusan. Mandat kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tamat pada 2 Mei, empat
hari selepas mandat BN di pusat tamat.
Najib memberi isyarat pilihan raya semakin hampir dengan Umno mengarahkan bilik operasi di seluruh negara dibuka semalam.
Lebih kurang 13.3 juta pengundi berdaftar akan mengundi dalam pilihan
raya akan datang, 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun
dipertandingkan dalam 12 negeri dan tiga wilayah persekutuan. Sarawak
telah menjalankan pilihan raya negerinya tahun lalu.TMI
No comments:
Post a Comment