myMetro 5 Feb 2013
Oleh Mary Victoria Dass
Johor Bahru: Hanya kerana berterus-terang dan memberitahu bapanya
malas bekerja, seorang remaja perempuan didera termasuk kepalanya
dipijak lelaki itu sehingga mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah
Aminah (HSA), di sini.
Mendedahkan perkara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Johor Bahru Manayi Ibrahim berkata, lelaki terbabit yang bekerja
sebagai penjual burger menjadikan enam anaknya berusia antara lima
hingga 13 tahun sebagai mangsa dera terutama anak sulungnya hingga
cedera.
Menurutnya, lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai berbuat demikian
kerana tersinggung dengan perbuatan anaknya mendedahkan sikapnya yang
malas bekerja hingga kebajikan keluarga terabai.
Katanya, siasatan mendapati lelaki itu mengugut akan mengancam keselamatan anaknya sendiri sekiranya menceritakan kehidupan sebenar kepada individu lain.
Katanya, siasatan mendapati lelaki itu mengugut akan mengancam keselamatan anaknya sendiri sekiranya menceritakan kehidupan sebenar kepada individu lain.
Perbuatan lelaki itu, katanya, bagaimanapun terbongkar apabila JKM menerima aduan daripada beberapa jiran yang bersimpati dengan keadaan anaknya kerana kerap menjadi mangsa penderaan bapa mereka.
No comments:
Post a Comment