| Harakahdaily, | 05 Feb 2013 |
Presidennya, Ahmad Amzad Hashim menyatakan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Beliau terpanggil mengulas sama isu nasib penduduk-penduduk asal
Kampung Ladang Tok Pelam yang telah diambil tanah mereka atas nama
pembangunan dan sebahagian mereka ditempatkan di Flat Ladang Gemilang
sebagaimana dipaparkan dalam artikel HarakahDaily beberapa hari lepas
dan Sinar Harian Edisi Terengganu 3 Februari.
Katanya, dalam pada sebahagian dari penduduk Terengganu melihat
bangunan-bangunan flat tersebut sebagai simbol pembangunan, tidak ramai
menyedari kesengsaraan yang dialami oleh penduduk-penduduk yang merasai
sendiri pengalaman mendiami unit-unit flat tersebut.
Menurutnya, rata-rata mereka adalah penduduk miskin yang masih
berharap pada janji kerajaan yang pada suatu hari rumah yang mereka
diami akan diberi pemilikan melalui skim sewa beli.
“Kata mereka kerana itulah mereka sanggup tinggal di flat berkenaan
dengan kadar sewa yang lebih tinggi berbanding kadar sewa yang pernah
dijanjikan oleh Menteri Besar terdahulu Yang Berhormat Datuk Seri Idris
Jusoh,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment