Thursday, February 21, 2013

BBSPP dibentuk selamatkan Pasar Payang dari diroboh

Harakahdaily, 21 Feb 2013
Raja baharin berkempen selamtkan Pasar Payang.

KUALA TERENGGANU: Sebuah Badan Bertindak Selamatkan Pasar Payang (BBSPP) telah dibentuk dengan dianggotai oleh 6 buah badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Amanah (Angkatan Amanah Merdeka),  Perantau (Persatuan Anak Terengganu di Perantauan),  Gate (Gabungan Anak Terengganu), Mampat (Majlis Pemuafakatan Anak Terengganu),  Jingga 13' dan  Badan Bertindak Banggol Donas.

Dalam perjumpaan di Pasar Kedai Payang kelmarin, Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin menyatakan bantahan tehadap cadangan pelaksanaan merobohkan Pasar Kedai Payang bagi membina hotel lima bintang.

"Kami bersetuju sekiranya Pasar Kedai Payang ini dibaik pulih kembali dengan menaiktaraf sistem dan prasarana yg sedia ada serta mempertingkatkan kebersihan, di samping mengekalkan ciri-cri tradisional kerana Pasar Payang merupakan Ikon bertaraf antarabangsa Terengganu yang menduduki  tempat ketiga dalam pasar-pasar terkenal Asia di belakang ‘Pasar Air Bangkok’ menduduki tempat pertama," jelas beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Persatuan Warisan Negara.

Selaku Pengerusi BBSPP, Raja Kamarul Bahrin Shah memberitahu, jawatankuasa betindak ini akan memperjuangkan penjaja dan peniaga kecil Melayu yang akan hilang mata pencariannya di pasar payang yang menjadi ‘ikon utama’ peniaga-peniaga Melayu di tengah-tengah bandar Kuala Terengganu tetapi juga menyelamatkan Warisan Pasar Payang, Terengganu itu sendiri dari terpupus ekoran pembangunan yang tidak terkawal.

Tambah beliau lagi, pembagunan hotel dan pengsapuri di tapak Pasar Payang yang akan dilakukan itu tidak menepati syarat serta keperluan Pelan Tindakan Kawasan Shah Bandar yang dbuat Kerajaan Terengganu sendiri pada Disember 2005.

"Bantahan ini bukan bermakna kami menolak pembangunan, namun strategi pembagunan seharuslah memelihara warisan serta sosio budaya tempatan bukannya terus merobohkan dan melenyapkannya khususnya dalam landskap Negeri Terengganu," katanya.

Beliau berkata masih banyak lagi tanah-tanah dan kawasan yang ada di sekitarnya yang boleh dibangunkan untuk pembangunan hotel seperti 40 ekar di tanah besar (south break water) di bandar dan 140 ekar di Seberang Takir (north break water) masih belum dibangunkan dengan sebuah bangunan pun

No comments:

Post a Comment