Harakahdaily
Rizal Tahir, | 21 Feb 2013 |
KOTA BHARU: Jalan Kebun Sultan di sini diisytiharkan sebagai ‘China Town’ dan majlis pelancarannya akan diadakan pada 8 Mac ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Kesenian
Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara itu telah disahkan pada
mesyuarat Exco semalam.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini petang semalam.
Takiyuddin memberitahu, nama Jalan Kebun Sultan bagaimanapun
dikekalkan, ‘gelaran’ kepada kawasan tersebut sahaja telah ditukar,
memandangkan ianya menjadi pusat pasaran ekonomi, santai warga itu sejak
sekian lama.
Menurutnya, bangunan, jenis perniagaan, masyarakat yang terdapat di
sekitar itu begitu bersesuaian dengan gelaran China Town di kawasan
terbabit.
“Pada masa yang sama kita berharap masyarakat Cina di negeri ini
dapat membangun, merancang atau juga sebagai zon perniagaan seperti di
negara China.
“Kerajaan negeri akan mempertimbangkan hasrat itu demi untuk sosio
ekonomi masyarakat terbabit khususnya di jalan tersebut,” ujarnya.
Untuk menjayakan hasrat tersebut, jelasnya pada 8 Mac ini majlis
perasmiannya akan disempurnakan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat pada sebelah malam.
Persembahan kebudayaan, katanya yang mewakili pelbagai masyarakat akan diadakan pada malam itu.
Takiyuddin turut menjelaskan, kawasan berkenaan juga menjadi tempat
menjual minuman keras untuk bukan Islam di mana peniaganya mendapat
lesen dari MPKB.
Katanya lagi, kawasan tersebut juga telah dijadikan antara kawasan pelancongan.
No comments:
Post a Comment