Thursday, February 28, 2013

Dr M tak seronok cadangan Putrajaya turunkan harga kereta

Oleh Syed Jaymal Zahiid
February 28, 2013
KUALA LUMPUR, Feb 28 — Tindakan Putrajaya untuk menurunkan kadar duti kereta import tidak dipersetujui Tun Dr Mahathir Mohamad, sebaliknya beliau merasakan Proton seharusnya diberikan keutamaan walaupun mempunyai prestasi yang merundum dalam industri pembuatan kereta. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menurunkan duti import kereta daripada Jepun dan Australia secara berperingkat bermula esok sebagai langkah untuk menyaksikan duti sifar daripada kedua-dua negara itu dalam tempoh tiga tahun akan datang. 

"Sebagai penasihat Proton sudah tentu saya mahu melihat Proton menjual lebih banyak kereta namun polisi itu akan memberikan kesan kepada jualan Proton," katanya (gambar) kepada pemberita selepas berucap dalam majlis Polisi Pandang ke Timur di Universiti Teknologi Malaysia di sini. TMI

No comments:

Post a Comment