Kerengga
Aisha Geoffrey
BATU 16 FEB: Ketua
Cawangan Umno Bandar Baru Sentul, Badaruddin Ismail mengisytihar
penyertaannya ke KEADILAN pada program ceramah Pakatan Rakyat, malam
tadi.
Badaruddin Ismail berbuat demikian depan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
“Saya
masih lagi Ketua Cawangan. Selepas ini saya tunggu apa tindakan Umno
terhadap saya,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Umno
Batu.
Sementara
itu, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Batu, Rozan Azen Mat Rasip pula
berkata, penyertaan Badaruddin berikutan muak dengan penipuan dan sikap
pura-pura pemimpin Umno.
Katanya,
pelbagai tekanan dan sabotaj dilakukan Umno menjelang hari ceramah bagi
memberi tekanan kepada Badaruddin dari meneruskan niatnya untuk
menyertai KEADILAN.
“Dua
kali kami terpaksa pindah lokasi. Walaupun pengerusi persatuan di tapak
ceramah sudah terima deposit dan kita sudah maklumkan polis, tiba-tiba
kata tiada kebenaran untuk ceramah,” katanya.
Ceramah
dijadual di Dataran Menara Orkid terpaksa dipindah ke tanah lapang
berdekatan Dewan Desa 8/9 Bandar Baru Sentul ekoran bantahan wakil
Menara Orkid, yang kononnya menurut mereka tiada permit.
“Mereka
sudah terima deposit. Kenapa timbulkan soal permit yang patutnya urusan
kami dan polis? Polis pun sudah beri kebenaran berceramah dan tiada
bantahan.
“Kita
yakin, sabotaj itu sebenarnya bertujuan menekan Badaruddin berikutan
pemimpin Umno bahagian goyah dengan penyertaan beliau ke KEADILAN,” kata
Rozan.

No comments:
Post a Comment