(Ruqayya Rahman)
KUALA LUMPUR 16 FEB: Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) akan kembali
berkempen di Parlimen Pekan walaupun menerima gangguan dari samseng
Umno, kata Pengerusinya, Syis Abdul Kader
Tanpa menyebut tarikh secara tepat, beliau menyifatkan kepulangan
mahasiswa dari Pekan semalam sebagai persediaan untuk mengatur strategi
fasa kedua pilihan raya di parlimen berkenaan.
“Umno BN guna politik samseng, jadi kami putuskan untuk kembali ke
Lembah Klang dan bincang secara serius strategi hadapi politik tak
matang ini” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.
Menegaskan
bertumbuk dan berparang bukan budaya Islam, Presiden Persatuan
Mahasiswa Islam Universiti Malaya itu, berkata mereka juga membuat
penerangan kejadian yang berlaku di Pekan melalui hebahan media internet
dan risalah.
“Kami datang dengan politik idea sebagai menghormati kemurnian
perlembagaan dan demokrasi parlimen yang mungkin Perdana Menteri terlupa
ajar pada anak buahnya di Pekan.
“GM13 komited mendapatkan sokongan rakyat bagi membantu mahasiswa pada pilihan raya akan datang,” katanya.
Timbalan Presiden Angkatan Mahasiswa Peduli (AKSI), Ekhsan Bukhari
yang menjadi mangsa pertama dibelasah samseng Umno 12 Febuari lalu
menganggap cabaran sepanjang berada di Pekan, berguna untuk rangka
kempen fasa kedua.
Sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga kejadian serangan samseng Umno
dalam tempoh empat empat hari ketika kumpulan GM13 mengedar risalah
kepada penduduk sekitar Parlimen Pekan yang disandang Datuk Seri Najib
Razak.
Antaranya, beberapa mahasiwa dibelasah dan diancam dengan parang
manakala beberapa samseng Umno menarik baju dan tudung mahasiswi tetapi
tiada tangkapan dibuat sekalipun laporan polis dibuat.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
No comments:
Post a Comment