myMetro 25 Feb 2013
Rupanya kena cubit
Kota Bharu: Seorang ibu muda tidak menyangka anak perempuannya
berusia 15 bulan turut menjadi mangsa dera amah Indonesia selepas
melihat rakaman menerusi kamera video yang dipasang di rumahnya, malam
kelmarin.
Ibu berusia 20-an yang bekerja sebagai peniaga itu mengesyaki ada
sesuatu tidak kena selepas melihat kesan lebam pada paha anaknya
beberapa hari sebelum kejadian, Sabtu lalu.
Difahamkan, ibu berkenaan merakam kelakuan pembantu rumahnya itu
selepas mengambil iktibar kisah amah Indonesia melambung bayi di
Kuantan, baru-baru ini.
Wanita itu pernah bertanya mengenai kesan lebam anaknya kepada warga Indonesia terbabit, tetapi diberitahu bayi terbabit terjatuh.
Wanita itu pernah bertanya mengenai kesan lebam anaknya kepada warga Indonesia terbabit, tetapi diberitahu bayi terbabit terjatuh.
SUSPEK dibawa anggota polis untuk ditahan reman.
Tidak berpuas hati, dia memasang kamera video di bilik pembantu rumahnya antara jam 9.15 pagi dan 10.30 malam kelmarin sebelum keluar.
No comments:
Post a Comment