hMetro
Sumber polis berkata, penyiasat menemui pisau dan pemotong daging digunakan untuk memenggal dan mencincang mayat mangsa di bilik tidur pasangan itu. -AN
Ras Al Khaimah: Seorang lelaki Iraq, semalam mengaku membunuh dan mencincang mayat isterinya.
Lelaki yang hanya
dikenali sebagai AJA dan berusia 47 tahun itu memberitahu polis, dia
bertindak demikian kerana tidak tahan dengan sikap isterinya. Mereka
bergaduh sepanjang masa sejak tujuh tahun lalu.
AJA menyerah diri di sebuah balai polis di Abu Dhabi selepas polis melancarkan gerakan besar-besaran memburunya.
Mayat mangsa ditemui
anak pasangan itu yang berusia 21 tahun, HAJ, di rumah mereka. Pasangan
terbabit juga mempunyai dua anak perempuan berusia 16 dan 13 tahun yang
bersekolah ketika kejadian.
Sumber polis berkata, penyiasat menemui pisau dan pemotong daging digunakan untuk memenggal dan mencincang mayat mangsa di bilik tidur pasangan itu. -AN
No comments:
Post a Comment