myMetro 21 Feb 2013
London: Seorang lelaki
menyaman hospital yang menyebabkan dia tidak lagi mampu mempunyai zuriat
selepas pakar perubatan di situ tersalah membuang buah zakarnya.
Pengarah syarikat
berusia 48 tahun itu berkata, dia mendapatkan rawatan di Hospital Daerah
Salisbury selepas disyaki mengalami kanser Katanya, dia menjalani
pembedahan dengan harapan buah zakar yang bermasalah itu dapat dibuang.
“Bagaimanapun,
40 minit selepas pembedahan dijalankan, doktor menyedari mereka
melakukan kesilapan kerana memotong buah zakar yang sihat,” katanya.
Menurut sumber, buah zakar itu dibawa semula ke dewan pembedahan dan
doktor cuba menyelamatkan keadaan tetapi gagal.
Lelaki terbabit yang
berasal dari Wiltshire menuntut hospital membayar pampasan kepadanya
atas kecuaian doktor mereka. Walaupun mempunyai anak daripada hubungan
terdahulu, kesilapan itu menghalang lelaki terbabit mendapat zuriat.
Kata
lelaki yang dirahsiakan identitinya itu, dia tertekan kerana tidak lagi
mampu menjadi bapa. “Isu ini dikendalikan peguam saya,” katanya.
Sementara itu, satu badan pemantau pesakit menggesa kerajaan menjalankan
siasatan menyeluruh atas insiden berkenaan. Jurucakap Rangkaian
Pembabitan Wiltshire berkata, kejadian menimpa lelaki terbabit sangat
tragik. “Adalah jelas siasatan perlu dijalankan oleh hospital bagi
mengetahui bagaimana kesilapan ini berlaku.
“Dengan
pembedahan ini, seseorang lelaki meletakkan sepenuh keyakinan mereka
kepada hospital,” katanya. Badan yang mengendalikan hospital itu
berkata, kejadian berkenaan sangat dikesali dan mereka meminta maaf
kepada lelaki terbabit. - Daily Mail
No comments:
Post a Comment