sinarharian
8 Februari 2013
8 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Umum mengetahui Malaysia antara negara yang bertuah di
dunia kerana terselamat daripada berada dalam lingkaran gempa bumi yang
bermagnitud besar, namun ia bukan jaminan untuk negara tidak menerima
tempiasnya.
Dengan kedudukan yang hampir dengan lingkaran gempa besar dan berjiran dengan dua negara aktif gempa bumi, iaitu Indonesia dan Filipina, secara langsung menjadikan negara turut merasai gegaran bermagnitud rendah apabila gempa bumi berskala kuat menimpa kedua-dua negara jiran itu.
Pada tahun 2012, Jabatan Meteorologi mengesa lapan gempa bumi - enam di Sabah (Tambunan, Kota Marudu, Kudat, Beluran, Kunak dan Keningau) dengan magnitud (antara 2 dan 4.5 pada skala Richter) dan dua di Belaga, Sarawak berkekuatan (3.5 dan 3.8 skala Richter)
Bagaimanapun negara pernah mengalami gempa bumi pada magnitud 5.8 skala Richter di Lahad Datu pada 1976 yang diklasifikasikan sebagai gempa berskala sederhana.
ANCAMAN ITU BENAR
Timbalan Ketua Pengarah (aplikasi) jabatan itu, Dr Mohd Rosaidi Che Abas, 54, yang berpengalaman luas dalam bidang kaji gempa bumi dan tsunami berkata kemungkinan ancaman gempa bumi di Malaysia tidak boleh diketepikan.
Katanya kawasan semenanjung terutama di Bukit Tinggi, Pahang dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan ialah antara kawasan berpotensi diancam gempa bumi berskala sederhana.

No comments:
Post a Comment