February 13, 2013
SHAH
ALAM, 13 Feb — Kerajaan Selangor menafikan mereka telah membuat
sebarang keputusan mengenai pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN),
sebaliknya menegaskan perkara itu hanya akan dibincangkan dalam
mesyuarat antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) neheri dan pusat yang
dijadualkan berlaku pada minggu ini.
Berikutan dengan laporan media pada Isnin lalu mengatakan kerajaan PR
Selangor akan membubarkan DUN selepas perayaan Chap Goh Meh.
“Kami baru balik kerja (selepas Tahun Baru Cina) ... Kami akan
umumkan selepas perjumpaan kami,” kata Menteri Besar Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim (gambar) kepada pemberita di sini.
Abdul Khalid pada 30 Januari lalu berkata kerajaan negeri akan
membubarkan DUN di Selangor selepas Chap Goh Meh, jika Putrajaya masih
enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen
No comments:
Post a Comment