KUALA
LUMPUR 19 FEB: Selangor akan umum langkah seterusnya yang akan diambil
setelah tempoh tawaran 14 hari pengambilalihan industri air tamat
semalam.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pengumuman tentang
langkah-langkah tersebut akan dibuat selepas mesyuarat exco esok.
“Kerajaan Negeri sudah buat tawaran mengenai perkara ini.
“Kelulusan akan dibuat dalam mesyuarat exco sebelum diumumkan kepada pihak awam,” katanya dipetik MediaSelangorku pada sidang media selepas majlis pecah tanah Kolam Tadahan Banjir di Taman Sentosa, di Klang.
Dua minggu lepas, kerajaan negeri menghantar surat tawaran harga
untuk mengambilalih empat syarikat konsensi yang mengurus perkhidmatan
air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Di bawah sesuatu perjanjian pada 2004, perkhidmatan air di Selangor,
Kuala Lumpur dan Putrajaya diswastakan dan diuruskan oleh Puncak Niaga
Sdn Bhd, Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash), dan
Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abass).
Ketiga-tiga syarikat di atas mengurus loji rawatan air manakala
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dipertanggungjawabkan untuk
mengurus pengedaran air terawat.
Bagaimanapun, penerimaan tawaran tertakluk kepada kata putus Kerajaan Persekutuan.
Minggu lepas, kerajaan negeri berkata, permohonan semakan kehakiman
akan dibuat sekiranya Kerajaan Persekutuan enggan memberi kerjasama
dengan meluluskan pengambilalihan tersebut.
Khalid berkata, jika tawaran harga kepada empat syarikat konsensi
ditolak, pihaknya akan membawa perkara itu ke badan timbang tara
antarabangsa.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?

No comments:
Post a Comment