Tuesday, February 19, 2013

Tujuh Pemerkosa Dihukum Gantung

19 Feb 2013

Tujuh Pemerkosa Dihukum Gantung
Ilustrasi

COM,KHARTOUM-- Hakim di Sudan menjatuhkan hukuman gantung keatas tujuh lelaki kerana membius dan memperkosa seorang gadis berusia 14 tahun. Kejadian sadis ini terjadi bulan Mei tahun lalu.

Kelompok pemerkosa ini menculik kanak-kanak perempuan ini dari rumahnya, membiusnya dan kemudian memperkosanya.

Kantor berita AFP hari Isnin (18/2) melaporkan, Hakim Ahmed Khalil Albahar sebagimana dikutip peguam mangsa,   Salma Mohammedahmed Hamed selain menjatuhkan hukuman gantung pada tujuh  lelaki, juga menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara atas enam tertuduh lainnya kerana bersubahat.

Hukuman 10 tahun ini untuk program perbaikan tingkah laku mereka. "Mereka ditemukan bersalah kerana terbukti memperkosa seorang gadis dibawah umur," jar Hamed.

Hakim Albahar menjatuhkan hukuman ini pada hari  perbicaraan di mahkamah   Omdurman, yang berdekatan dengan Khathoum. Kejadian perkosaan ini pada Mei tahun lalu ketika 13 pemerkosa ini menculik   kanak-kanak perempuan ini dari rumahnya.

Mereka kemudian memberikan segelas jus yang dicampur ubat bius dan kemudian memperkosanya. Hukuman gantung ini sejalan dengan perintah presiden di Sudan yang menyerukan hukuman yang lebih berat bagi pelaku kriminal seks.
Hal ini untuk menimbulkan efek jera. Kanak-kanak mangsa perkosaan ini telah dirawat  ke sekolah.TRIBUNNEWS

No comments:

Post a Comment