(Oleh Aisha Geoffrey)
KUALA LUMPUR 18 FEB: Ketelusan media alternatif melaporkan berita
jauh lebih baik berbanding media kawalan kerajaan yang terbukti
menyiarkan fitnah dan pembohongan, kata Timbalan Ketua Penerangan
KEADILAN, Sim Tze Tzin.
“Kebebasan media alternatif adalah sebab mengapa rakyat lebih memilih
saluran itu sekarang, berbeza dengan media arus perdana yang sudah
hilang tanggungjawab, malah menjadi alat Umno,” kata Sim.
Beliau
mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
kononnya kebebasan media alternatif menerusi internet punca beberapa
situasi yang menyaksikan pembohongan boleh dilihat sebagai kebenaran dan
sebaliknya.
Mahathir berkata demikian merujuk klip video yang menunjukkan Datuk
Seri Najib Razak dimalukan rakyat Pulau Pinang secara terang-terangan
menolak BN apabila ditanya Perdana Menteri itu.
“Video itu bukti sentimen penolakan penduduk Pulau Pinang terhadap
BN. Tak payah ‘spin’, video itu benar, media perdana yang edit jadi
sebaliknya,” kata Sim kepada Keadilan Daily.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerejak itu, media
alternatif menjadi kepentingan di era ini untuk rakyat merujuk atau
mencari kebenaran setelah dipapar berita pembohongan di media perdana
setiap hari.
“Media alternatif cukup penting untuk sebarkan info sebenar. Kalau
tengok berita di televisyen yang ada hanya fitnah dan serangan dari satu
pihak, itu yang buat rakyat jelek,” katanya.
Mahathir dalam kenyataannya turut berkata, kebebasan media alternatif
menjadi punca bahasa kesat dan berbaur perkauman meningkat.
“Jangan hanya menuding kepada media alternatif. Media arus perdana
yang menyiarkan berita negatif berkaitan pembangkang, video, kata-kata
kesat dan maki hamun setiap kali siaran,” kata Sim.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?

No comments:
Post a Comment