myMetro 2 Feb 2013
“Shahlan menggelupur sambil meraung kesakitan akibat disiram minyak
panas yang tertumpah dari kuali,” kata Norlihaida Abdullah, 29, ibu
kepada Shahlan Hadif Sharul Hisham, 18 bulan, yang melecur teruk di
tangan kiri dan muka terkena minyak panas di rumah ibu saudaranya di
Kampung Kuala Ibai, di sini.
Norlihaida yang ditemui ketika menemani Shahlan mendapatkan rawatan
di Wad Plastik dan Mata Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini,
semalam, berkata dalam kejadian jam 6 petang Ahad lalu, dia bersama anak
sulungnya itu singgah di rumah kakaknya selepas pulang menjalani
pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan.
“Shahlan bermain di ruang tamu manakala saya dan kakak ke dapur memasak.
“Ketika kami sibuk menyiapkan lauk, Shahlan tiba-tiba meluru
masuk ke dapur dan mencapai kuali dipenuhi minyak di atas dapur.
“Tindakannya itu menyebabkan kuali dipenuhi minyak panas terjatuh ke atas tangannya dan terpercik ke muka.
“Saya terus mendukung Shahlan ke bilik air untuk dimandikan bagi menghilang kesan minyak panas yang tertumpah pada badannya,” katanya.
Norlihaida berkata, melihatkan keadaan Shahlan yang masih menangis
kesakitan akibat melecur teruk di tangan kiri, dia membawa anaknya ke
Klinik Kesihatan Bukit Payung, Marang, untuk rawatan sebelum dirujuk ke
HSNZ bagi pemeriksaan pakar kulit.
No comments:
Post a Comment