Harakahdaily, | 02 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Niat
Mahathir sekarang ialah untuk membawa Muhyiddin pula ke pucuk
kepimpinan negara, tulis Aspan Alias di dalam blognya semalam.
“Beliau akan terus melakukannya jika beliau berupaya untuk melakukannya.
“Akhirnya Muhyiddin sendiri akan diketepikan dengan menggunakan
kelemahan Muhyiddin yang tidak kurang teruknya jika dibandingkan dengan
Najib,” tulisnya di dalam blog http://aspanaliasnet.blogspot.com/.
Tulisan penuh beliau seperti di bawah.
Dr Mahathir semalam berkata nasib Najib bergantung kepada kehendak
UMNO jika BN tidak dapat kejayaan lebih dari apa yang diperolehi oleh
Abdullah Badawi dalam pilihanraya yang lalu. Beliau memberi pandangan
peribadi beliau yang Najib sepatutnya memberikan laluan kepada Muhyiddin
Yassin jika prestasi BN lebih lemah dari pilihanraya ke-12 dahulu.
“Hanya nasib Najib tidak berapa baik kerana beliau mewarisi kerajaan
lemah Abdullah Badawi dahulu” kata Mahathir lagi. Walau bagaimanapun
Mahathir berpendapat perkara itu terpulanglah kepada UMNO untuk
menentukannya. Kenyataan Mahathir ini merupakan satu kenyataan yang
membawa makna seperti yang diduga oleh banyak pihak. Menggalakkan Najib
untuk mengambil alih Abdullah dahulu merupakan tindakan sementara
sahaja.
No comments:
Post a Comment