myMetro 25 Feb 2013
Oleh Ahmad Ismail
Segamat: Sikap miang lelaki penjual karipap yang mendakwa boleh
mengurut wanita mengandung agar kandungan sihat dan bijak sebelum
mencabul mangsanya membawa padah apabila suami wanita berkenaan merakam
gambar muka lelaki dan menyiarkannya di laman sosial Facebook.
Tindakan suami mangsa itu bertujuan mengelak kejadian sama berulang
selepas isterinya yang mengandung lapan bulan dicabul lelaki berkenaan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ah Moi, 20-an, berkata, kejadian
berlaku jam 3.20 petang Jumaat lalu, ketika dia menjaga kedai kopinya
di bandar ini apabila didatangi seorang lelaki berusia 30-an, menjual
karipap.
“Ketika itu tiada pelanggan dan saya ditemani adik perempuan, Swee Lan, 20-an, yang membantu menguruskan akaun serta menjaga saya yang sarat mengandung lapan bulan anak sulung.
“Ketika itu tiada pelanggan dan saya ditemani adik perempuan, Swee Lan, 20-an, yang membantu menguruskan akaun serta menjaga saya yang sarat mengandung lapan bulan anak sulung.
AH Moi menunjukkan laporan polis berhubung kejadian.
“Penjual karipap itu mendakwa aktiviti sampingannya untuk menambah pendapatan ialah mengurut wanita hamil dan mendakwa anak yang bakal dilahirkan lebih bijak.
No comments:
Post a Comment