Thursday, February 28, 2013

Pakatan bentang kos pembiayaan Manifesto, BN cuma cakap kosong

(Oleh Aedi Asri)
PETALING JAYA 27 FEB: Jawatankuasa Manifesto Pakatan Rakyat hari ini mencabar BN buktikan tuduhan mereka bahawa Manifesto Rakyat yang dibentangkan Isnin lalu tidak dapat dilaksanakan dari segi kewangan.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Umno BN tidak boleh membuat tuduhan begitu, tanpa menunjukkan kira-kira sebagai bukti.
fizi 
“Kita dapat bentangkan kos pembiayaan (manifesto). Apa yang BN takut sangat, untuk dedahkan bagaimana Pakatan keluarkan jumlah kos (menyatakan Manifesto Rakyat tidak dapat dilaksanakan).

“Kini, BN tidak dapat lagi keluarkan kira-kira dengan begitu sahaja. Kita akan kaji setiap nombor yang mereka berikan,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, tengah hari tadi.
Hadir sama, Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua; Ahli Jawatankuasa Manifesto, Dr Dzulkefly Ahmad dan Liew Chin Tong.
Rafizi menjelaskan, kos program Manifesto Rakyat menggunakan pendekatan pembiayaan menerusi tiga sumber kewangan.

Pertama melalui penjimatan perbelanjaan dengan membanteras rasuah dan perbelanjaan berhemah.
Kedua, menyusun keutamaan perbelanjaan (spending priority).
Manakala ketiga peningkatan hasil dari pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Anggaran kos Manifesto Rakyat, kata Rafizi, dikira berdasarkan aliran tunai tahunan.
“Angka yang tepat penting bagi tujuan diskusi yang bermakna, bukan angka yang menakut-nakutkan rakyat,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan Pakatan untuk mengubah struktur ekonomi yang mempunyai kesan kepada semua golongan rakyat dan menyelesaikan masalah berbeza dengan BN yang menjadikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk pancing undi.
menifesto pakatan rakyat 2013 
Beliau turut membentangkan huraian anggaran kos untuk menghapuskan tol, pelaksanaan bonus warga emas, royalti 20 peratus, pendidikan percuma, turunkan harga kereta dan lain-lain program ekonomi yang mencakupi pelbagai aspek keperluan rakyat.
Menurut Rafizi, keseluruhan anggaran kos program terbabit melibatkan RM45.75 bilion.
Rafizi berkata, jika benar Manifesto Pakatan tidak dapat dilaksanakan seperti didakwa, BN perlu bentangkan manifesto mereka sepenuhnya.

“Kita nak tengok, bagaimana BN boleh buat projek MRT sampai cecah (perbelanjaan) RM80 bilion, ketika kos di negara lain jauh lebih murah. Begitu juga dengan kos landasan keretapi meningkat berkali ganda.
“Kita nak tengok setiap kos itu, dan bentangkan kepada rakyat, agar boleh dibahas,” cabarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/

No comments:

Post a Comment