sinarharian
11 Februari 2013
11 Februari 2013
BOSTON - Ribut salji diiringi angin taufan melanda timur laut Amerika
Syarikat menyebabkan sembilan maut dan kira-kira 700,000 kediaman dan
pejabat perniagaan terputus elektrik sekali gus menjejaskan operasi
penerbangan.
Jurucakap Perkhidmatan Kajicuaca Kebangsaan berkata, salji lebih tiga kali ganda di timur laut berlaku akibat taufan bertiup dari Great Lakes ke Atlantik.
“Ribut salji berlaku di kawasan pantai dan amaran banjir dikeluarkan tetapi Massachusetts dan Connecticut menarik balik amaran terhadap perjalanan darat kerana ribut mula beralih ke timur,” katanya.
Datuk Bandar Stratford, Connecticut, John Harkins berkata, ribut salji ini adalah paling buruk kerana ianya mencecah enam inci.
Ribut salji itu berpusat di Connecticut, Rhode Island dan Massachusetts manakala salji paling tebal iaitu 38 inci menimpa kawasan Milford, Connecticut.
Sementara itu jurucakap Flight Aware berkata, kira-kira 2,200 jadual penerbangan dibatalkan.
Lapangan Terbang Antarabangsa Logan, Boston dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bradley di Windsor Locks, Connecticut terpaksa ditutup. - Reuters

No comments:
Post a Comment