Harakahdaily, | 11 Feb 2013 |
KUALA LUMPUR: Angkatan WargaAMAN Malaysia (WargaAMAN)
berpendapat Tun Dr Mahathir sudah nyanyuk dan tidak mampu lagi berfikir
secara waras dan berlapang dada.
Ini
ekoran kenyataan beliau terhadap Datuk S Ambiga tidak rasional sama
sekali, supaya dipinda Perlembagaan untuk memberi kuasa kepada kerajaan
melucutkan kerakyatan Ambiga.
Setiausaha Agungnya, S Barathidasan (gambar) berkata
WargaAMAN berasa terkilan dengan sikap biadap dan angkuh Dr.Mahathir
semakin hari semakin tidak berpedoman serta tidak selari dengan
pemikiran seorang manusia yang bertamadun kehendak pada zaman dan masa
ini.
“Beliau sering membawa kebencian dan kekacauan serta tidak lagi
menampakkan ciri-ciri murni seorang pemimpin yang disanjungi di suatu
ketika dahulu semasa beliau meraju sebuah negara demokrasi yang beliau
pernah pimpin,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sebenarnya, kata beliau Presiden Perkasa, Ibrahim Ali sepatutnya
dilucutkan kerakyatan terlebih dahulu kerana sering membuat kenyataan
yang berunsur hasutan dan perkauman yang mengancam keharmonian,
perpaduan kaum di Malaysia serta keselamatan negara.
Katanya, baru-baru ini Ibrahim mencetuskan kontroversi dengan kenyataan agak mengejutkan menyuruh membakar Bible.
“Bukahkah panggilan membakar Bible itu satu perbuatan hasutan
(sedition) yang boleh mewujudkan satu bentuk bahaya besar serta
menggugat perpaduan kaum?” tanya beliau.
Beliau menambah, selain Ibrahim, Mahathir pun harus dilucutkan
kerakyatan kerana pada 1983, Mahathir meminda Perlembagaan supaya
undang-undang boleh digubal tanpa Yang di-Pertuan Agong.
“Selain daripada itu kuasa mengisytiharkan darurat juga dipindahkan
daripada Seri Paduka kepada Perdana Menteri. Semua pindaan itu
mencetuskan krisis pada tahun 1993.
“Dr Mahathir juga melucutkan kekebalan raja-raja Melayu dan mahu
peruntukan undang-undang supaya baginda boleh diheret dan dibicarakan di
Mahkamah Khas,” katanya lagi.
Barathidasan berkata, WargaAMAN ingin tahu apakah kesalahan yang
dilakukan oleh Ambiga sehingga Mahathir meminta supaya kerajaan Barisan
Nasional (BN) diberikan mandat dua pertiga majoriti Parlimen bagi
melucutkan kerakyatannya.
“Adakah satu kesalahan di mana Ambiga menyedarkan minda rakyat,
bercakap benar, ikhlas dalam menegakkan keadilan, ketelusan serta
meminta proses pilihan raya diadakan secara bersih dan adil?
“Adakah ia suatu kesalahaan? Adakah hasrat murni Ambiga meminta
kerajaan BN dan SPR agar 8 tuntutan Bersih dipenuhi, suatu kesalahan?”
soalnya lagi.
Begitupun, ujarnya WargaAMAN sama sekali tidak berniat langsung atau
mencadangkan agar melucutkan kerakyatan Mahathir dan Ibrahim kerana
WargaAMAN lebih arif daripada Mahathir bahawa menarik kerakyatan rakyat
Malaysia adalah bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, ujarnya WargaAMAN meminta supaya rakyat sendiri menilai akan
kenyataan bekas perdana menteri Malaysia yang hanya memberi kesan
negatif kepada negara.
WargaAMAN, katanya berpendapat tujuan sebenar Mahathir ialah untuk
menjatuhkan Najib, kerana mungkin ada perkiraan bahawa Barisan Nasional
tidak akan menang dua pertiga majoritI pada PRU13 nanti, jadi Najib
mesti turun sebgaimana mana Abdullah Ahmad Badawi dan menaikkan
Muhyiddin Yassin.
No comments:
Post a Comment