myMetro 15 Mac 2013
Kajang: Sepasang kanak-kanak kembar lelaki berusia lapan tahun
disyaki menjadi mangsa dera ibu tiri mereka selepas guru kelas
kanak-kanak itu menemui beberapa kesan kecederaan pada anggota badan
mangsa.
Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 11 pagi Jumaat minggu lalu di
rumah mereka di Sungai Long apabila wanita berusia 30-an itu merotan
kanak-kanak terbabit ketika kedua-duanya mandi.
Menurut sumber, ibu tiri kanak-kanak itu berang selepas kedua-duanya bermain air hingga bilik tidur yang terletak bersebelahannya basah dan kotor.
“Mangsa disyaki dirotan wanita terbabit menyebabkan kecederaan pada
kaki, lengan, telinga dan pipi selain kesan calar pada perut,” katanya.
Sumber berkata, kanak-kanak itu tidak memaklumkan kejadian itu kepada bapa dan dua kakak mereka yang tinggal bersama kerana bimbang akan dimarahi wanita terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu petang kelmarin daripada seorang pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Langat.
No comments:
Post a Comment