Saya
yakin Pakatan Rakyat (PR) akan mengekalkan kemenangan di Parlimen Balik
Pulau dan akan menguasai ketiga-tiga Dun di Balik Pulau kerana beberapa
sebab:-
1. Kami berkerja untuk rakyat sejak menang Mac 2008 hingga kini. Kami
tak pernah berhenti. Kami kerahkan segala instrumen yang ada seperti
Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK), Penyelaras Dewan
Undangan Negeri (DUN), Ahli Majlis Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang
(MPPP), Jabatan-jabatan kerajaan seperti Pejabat Daerah, Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pertanian, Jabatan Parit dan Saliran dan
lain-lain secara padu untuk berbakti kepada rakyat sebagai membalas
kepercayaan rakyat kepada kami. Akhirnya kami berjaya dan kami yakin
untuk sapu bersih dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini kerana kualiti
khidmat kami.
2. Dari segi logik, dulu kami menang tipis di Parlimen Balik Pulau
dan kalah tipis di tiga DUN di Balik Pulau tanpa segala
instrumen-instrumen tadi seperti JKKK, Penyelaras Adun, Ahli Majlis
(MPPP) serta tanpa sokongan agensi-agensi kerajaan. Pada 2008 kami hanya
mula kerja bila hampir pilihan raya. Kini dengan gerak kerja sejak 2008
dengan sokongan segala instrumen yang ada, saya yakin peluang untuk
kami menang besar amat tinggi.
3.
Hasil gerak kerja kami yang ikhlas dan aktif, kami kini mempunyai ramai
penyokong dan dari pelbagai bangsa. Mereka amat seronok dengan
pembaharuan dan ketelusan kami. Kini kami ada sukarelawan Melayu, Cina
dan India, sesuatu yang tidak kami miliki pada 2008. Takkan dengan
sokongan padu mereka dalam PRU 13 nanti kami tak boleh menang dengan
bergaya?

No comments:
Post a Comment