myMetro 15 Mac 2013
Shah Alam: Kecekapan polis negara ini menumpaskan sindiket pengedaran
dadah antarabangsa menyebabkan sindiket berkenaan kini terpaksa
menggunakan pelbagai helah termasuk menyorokkan dadah dalam kasut tumit
tinggi sebelum diseludup ke luar negara.
Bagaimanapun, taktik tiga warga Nigeria untuk menyeludup dadah jenis
heroin gred tinggi ditumpaskan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, Selasa lalu.
Dalam serbuan jam 3 petang di sebuah kondominium mewah di Batu
Caves, Gombak, di sini, tiga lelaki Nigeria berusia antara 23 dan 32
tahun yang mengaku sebagai pelajar institusi pengajian tinggi swasta
(IPTS) ditahan di rumah berkenaan yang dijadikan stor memproses dadah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, serbuan dibuat selepas pihaknya menjalankan risikan kira-kira sebulan selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan suspek.

Sewaktu serbuan, polis curiga selepas menemui 18 pasang kasut tumit tinggi yang disorok di dalam sebuah bilik di dalam rumah berkenaan.
No comments:
Post a Comment