Friday, March 15, 2013

Bankrap: Kenyataan Musa Hitam menggegar Umno BN

Harakahdaily, 15 Mac 2013
KUALA LUMPUR: Pandangan Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri berhubung dengan isu politik negara baru-baru ini mendapat reaksi yang agak menggegarkan perasaan banyak pihak dalam kerajaan dan BN keseluruhannya.

Bagi Aspan Alias, Musa merupakan pesara politik dan kerajaan yang sudah lama tidak bercakap tentang hal politik kerana beliau menghormati diri beliau sendiri sebagai seorang bekas pemimpin utama negara.

Beliau menyatakan demikian di dalam blognya semalam, sebagaimana di bawah.

Pandangan Tun Musa Hitam (TMH), bekas Timbalan Perdana Menteri berhubung dengan isu politik negara baru-baru ini mendapat reaksi yang agak menggegarkan perasaan banyak pihak dalam kerajaan dan BN keseluruhannya. TMH merupakan pesara politik dan kerajaan yang sudah lama tidak bercakap tentang hal politik kerana beliau menghormati diri beliau sendiri sebagai seorang bekas pemimpin utama negara.

TMH hanya memberikan pandangan di tempat yang betul dan sesuai sebagai seorang pemimpin yang telah bersara dan tidak mudah teruja untuk campur lagi dalam hal politik negara secara aktif. Beliau hanya memberikan pandangan apabila diminta untuk mengulas sesuatu isu yang hangat sekarang ini yang berkaitan dengan pertembungan di antara dua pihak yang sedang berebut untuk menambat hati dan jiwa rakyat.

Beliau telah ditanya dalam temubual bersama Sinar Harian dua hari lepas dan beliau telah memberikan pandangan beliau secara bebas tanpa condong kepada mana-mana pihak yang sedang bertarung bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13 ini. Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam politik beliau memahami keadaan dan situasi sebenar dalam politik dan siasah negara sekarang ini.

No comments:

Post a Comment