Fuziah menegaskan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat amat jelas. - Gambar failKUANTAN,
15 Mac — Pakatan Rakyat (PR) tidak seharusnya berkompromi dan akan
menutup kilang pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang jika
menang pilihan raya umum (PRU) ke 13, kata ahli parlimen Kuantan, Fuziah
Salleh untuk meredakan kebimbangan mereka akan melakukan sebaliknya.
Ini berikutan laporan media memetik Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim minggu lepas sebagai berkata Lynas Advanced Materials
Plant (LAMP) boleh diteruskan jika terbukti selamat.
“Manifesto Pakatan Rakyat jelas. Kita akan tutup Lynas sebaik sahaja
Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Persekutuan,” kata Fuziah dalam satu
kenyataan di sini.
Sebagai salah yang awal menentang loji tersebut, Fuziah menegaskan ia
tidak boleh dibenarkan untuk beroperasi sama ada di Gebeng atau
mana-mana tempat di Malaysia.
“Malah jika ada satu peratus peluang loji Lynas terbukti selamat, ia
masih tidak sepatutnya berada di Gebeng,” kata naib presiden PKR itu.
Pemerhati melihat Anwar mempunyai risiko dituduh tidak konsisten
dalam pendiriannya mengenai loji tersebut berikutan laporan akhbar
berpengkalan di Melbourne, The Age, minggu lepas dimana beliau berikrar untuk menyokong pelombong Australia itu jika Lynas terbukti selamat oleh inkuiri awam baru.
Anwar dilaporkan berkata beliau akan mempercepatkan inkuiri tersebut, akan tetapi loji Lynas akan terus ditutup sebelum itu.
“Saya tidak bersedia untuk membiarkan risiko keselamatan rakyat di Kuantan dan kawasan sekitarnya,” Anwar memberitahu The Age.
Kenyataan tersebut dilihat bercanggah dengan kenyataan dibuatnya semasa perhimpunan Himpunan Hijau di Kuantan tahun lalu.
Pada ketika itu, Anwar memberi jaminan kepada hadirin PR akan menutup loji tersebut.
Aktivis Himpunan Hijau, Wong Tuck juga minggu ini menyanggah
kenyataan Anwar tidak konsisten dalam pendiriannya mengenai loji Lynas.
Wong mengatakan beliau bersetuju dengan pandangan ketua pembangkang
bahawa pelombong gergasi Australia, yang disifatkannya masuk melalui
“pintu belakang”, seharusnya dibenarkan beroperasi jika mengikuti
peraturan keselamatan.
“Jika Lynas keluar melalui pintu belakang dan datang kembali melalui
pintu hadapan dan mengikuti prosedur ditetapkan, kita boleh benarkan
mereka kembali,” katanya.
Tetapi Wong mencadangkan Lynas tidak menepati standard keselamatan
ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan lesen operasi diperolehi secara
haram. The Malaysian Insider
No comments:
Post a Comment