14 Mac 2013
Sulong menunjukkan kecederaan dialami selepas dibelasah anak sendiri.
MARANG – Seperti dirasuk, seorang anak berusia 20an, sanggup membelasah
bapa sendiri dengan kerusi tanpa belas kasihan di hadapan ibunya.
Kejadian berlaku selepas kedua orang tuanya itu tidak memberi wang seperti dimintanya.
Akibat kejadian itu, Sulong Yaacob, 72, menerima 12 jahitan pada dua
jari tangan kanan, selain lebam di bawah mata dan menerima rawatan di
Klinik Kesihatan Wakaf Tapai, di sini kelmarin.
Sebelum kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang juga OKU kerana
tangan kirinya cacat, bertengkar dengan anak lelakinya apabila si anak
mendesak sambil memarahi isterinya, Fatimah Yusof ketika meminta wang.
Bagaimanapun, isteri mangsa, seorang tukang sapu di sebuah pusat
kemahiran di Wakaf Tapai itu gagal memenuhi permintaan anak lelakinya,
walaupun wang diminta hanya beberapa ringgit sahaja tidak mempunyai
wang.
Sulong yang tinggal di Lubuk Bayas, Pengkalan Berangan berkata, anak
lelakinya itu kemudiannya naik berang, dan secara tiba-tiba mengangkat
kerusi kayu lalu mencederakannya sebelum keluar dari rumah serta
menyembunyikan diri di kampung itu.
“Macam mana isteri pak cik nak beri dia pitih (wang), mana kami nak
dapatkan pitih setiap hari, nak guna untuk tujuan salah pula. Pak cik
lama dah tak kerja, isteri pula hanya tukang sapu.
“Gaji isteri hanya RM400 sebulan. Pak cik pula hanya dapat bantuan
bulanan JKM sebanyak RM200 sebulan. Jumlah RM600 itu hanya cukup buat
beli barang dapur saja,” katanya.
Lebih menyedihkan warga emas itu, anak lelakinya kerap bertindak kasar
terhadap dia dan isterinya, menyebabkan isterinya tidak tahan dan
mengambil keputusan membuat laporan polis agar kejadian itu tidak
berulang.
“Hanya dia yang berperangai seperti itu. Pak cik rasa, dia sanggup
pukul bapa sendiri kerana terdesak mendapatkan barang salah,” katanya
yang telah berkahwin sebanyak 11 kali, dan mempunyai 10 anak.
Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya
ketika dihubungi Sinar Harian semalam, mengesahkan menerima laporan itu
dan berkata, suspek kini sedang diburu. Kes disiasat di bawah Seksyen
324 Kanun Keseksaan.
No comments:
Post a Comment