Sunday, March 3, 2013

Isu Lahad Datu: Jeffrey Kitingan nafi terlibat

Wartawan Sinar Harian
3 Mac 2013
Datuk Dr Jeffrey Kitingan
Datuk Dr Jeffrey Kitingan
SHAH ALAM – Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (Star), Datuk Dr Jeffrey Kitingan menafikan beliau menjadi dalang isu Lahad Datu.

Media Filipina mendakwa pembangkang terlibat dalam pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina.

“Bukan,” katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian  semalam.

Sebelum ini, media Filipina dipetik melaporkan, perisikan Filipina mendapati individu dalam pembangkang sebagai dalang kepada isu di Lahad Datu.

“Pegawai perisikan itu berkata, seorang ahli politik pembangkang yang menjadi sekutu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim telah bertanding untuk jawatan di Sabah. Ahli politik itu adalah salah seorang yang bercakap dengan Kiram.
“Beliau konon mewakili pembangkang menyokong Kiram untuk menuntut Sabah,” lapor Philippine Daily Inquirer, semalam.
Difahamkan, kumpulan bersenjata itu yang diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram yang juga adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram III didakwa terpedaya janji sekutu Anwar yang menyokong mereka dalam tuntutan ke atas Sabah.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment