Norutul Ilham
BATU PAHAT 2 Mac: Jika Datuk Seri Najib Razak dimalukan apabila
menerima jawapan ‘No’ di Pulau Pinang ketika bertanya sokongan rakyat
terhadap BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengalami pengalaman berbeza
di Johor.
Soalan spontan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Johor, Datuk
Seri Chua Jui Meng iaitu ‘Are You Ready For Anwar?’ disambut sorakan
‘Yes’ dari lebih 2,000 rakyat negeri itu.
Beliau bertanya soalan itu ketika memulakan ceramah di Pejabat
KEADILAN Muar, Taman Seroja Jalan Abdul Rahman, Parit Jawa, Muar, 2 Mac.
“Are you ready for Anwar?” teriak Jui Meng
“Yes” jawab rakyat Johor.
“Are you ready for PKR (KEADILAN)? tanya Jui Meng lagi.
“Yes” sorak rakyat Johor
Sekali gus, pemimpin Umno tak boleh berdalih kononnya sorakan ‘No’
terhadap Najib akibat ia berlaku di negeri yang ditadbir Pakatan kerana
sorakan ‘Yes’ terhadap Anwar berlaku di Johor yang sinonim dengan label
negeri kubu kuat Umno BN
Bekas Menteri Kesihatan itu kemudian meneruskan ceramah dengan
menyeru rakyat Johor supaya berani membuat perubahan pada PRU 13 demi
masa depan generasi akan datang.
“Saya minta kali ini, undi Pakatan Rakyat, saya keluar Umno BN,
sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bawa perubahan kepada negara,”
katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
No comments:
Post a Comment