
Sekumpulan
50 lelaki yang mendakwa mewakili pelbagai NGO bertindak ganas malam
tadi ketika kereta dinaiki Naib Presiden PKR Tian Chua meninggalkan
bangunan Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang kira-kira jam 11.15 malam
tadi.
Tian Chua - yang dituduh di mahkamah bawah Akta Hasutan pada Khamis lalu ekoran didakwa mengaitkan Umno dengan penceroboh Lahad Datu - sebelum itu bercakap di majlis makan malam PKR di Jalan Masjid Kapitan Keling.
Kumpulan
itu menendang kereta, menumbuk cermin kereta serta membaling topi
keledar dan botol air mineral ketika kereta itu meninggalkan tempat
berkenaan.
"Mana Tian Chua? Tian Chua musuh negara!" jerit seorang lelaki, sementara rakannya dalam kumpulan itu kemudiannya menyambung: "Saya ada kawan yang mati di Lahad Datu."
Ketika dihubungi, Tian Chua yang ketika itu dalam perjalanan keluar daripada Pulau Pinang, berkata melalui SMS: "Saya tak boleh tunggu. Kena elak konfrontasi."
Tian Chua - yang dituduh di mahkamah bawah Akta Hasutan pada Khamis lalu ekoran didakwa mengaitkan Umno dengan penceroboh Lahad Datu - sebelum itu bercakap di majlis makan malam PKR di Jalan Masjid Kapitan Keling.
Kumpulan
itu menendang kereta, menumbuk cermin kereta serta membaling topi
keledar dan botol air mineral ketika kereta itu meninggalkan tempat
berkenaan."Mana Tian Chua? Tian Chua musuh negara!" jerit seorang lelaki, sementara rakannya dalam kumpulan itu kemudiannya menyambung: "Saya ada kawan yang mati di Lahad Datu."
Ketika dihubungi, Tian Chua yang ketika itu dalam perjalanan keluar daripada Pulau Pinang, berkata melalui SMS: "Saya tak boleh tunggu. Kena elak konfrontasi."
No comments:
Post a Comment