Pembebasan Kebangsaan Moro ditemubual wartawan di lokasi yang tidak ditetapkan. — Gambar Reuters
KUALA
LUMPUR, 2 Mac — Insiden pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia
dan penceroboh bersenjata Filipina di Lahad Datu semalam berkemungkinan
akan menyebabkan berlakunya perang dingin, kata pemimpin Barisan
Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).
“Saya khuatir akan berlaku perang sivil di Sabah kerana ada ribuan
etnik Bangsamoro yang menetap di Sabah, kata Ketua Politik Barisan
Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) Haji Gapul Hajirul di petik Philippine
Star semalam.
Haji Gapul bagaimanapun berkata hanya Pengerusi MNLF yang “layak
membuat keputusan berhubung perkara itu”, dan menambah pergerakan
pembebasan Islam itu akan menuruti keputusan pemimpin mereka.
Dipetik laporan Portal Philippine Star, 8,500 rakyat Filipina yang menetap di Sabah juga akan merasa simpati dengan tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Sementara itu, kumpulan lelaki bersenjata yang mendakwa diri mereka
sebagai Tentera Kesultanan Sulu turut mendakwa ketegangan di Sabah masih
berterusan.
Jurucakap penceroboh itu, Abraham Idjirani turut mendakwa pertempuran
antara tentera penceroboh dan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad
Datu semalam sebagai “bencana”.
“Tidak ... ketegangan masih belum tamat, kecuali ada persefahaman
yang konkrit dapat dicapai ketiga-tiga parti,” katanya dipetik portal
Filipina The Philippine Daily Inquirer semalam, merujuk kepada kerajaan
kedua-dua negara, Malaysia dan Filipina termasuk Sultan Sulu.
“Pendirian kami tidak berubah, Rajah Mudah Agbimuddin Kiram akan
kekal di kawasan itu untuk mendisiplinkan (pengikut kami). Tapi jika
Malaysia menyerang, kami akan lakukan perkara sama,” kata Idjirani. TMI
No comments:
Post a Comment