Pakatan Rakyat (PR) menggempur Kampung Melayu Majidee,
berkempen menjelang pilihan raya malam tadi, menyerang teras Melayu
bandar Johor dengan menjanjikan pendidikan percuma kepada pengundi baru
kawasan tersebut, dan janji untuk mengekalkan penempatan itu kepada
penyokong tradisional Umno.
JOHOR
BARU, 24 Mac —
Berhimpun di wilayah Melayu bersejarah di pusat bandar Johor Bahru,
lebih kurang 2,000 orang telah diberi amaran oleh pemimpin-pemimpin PR
kerajaan negeri mereka, diterajui oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani
Othman yang didakwa “rasuah”, mempunyai rancangan untuk menjual beberapa
kampung dalam penempatan tersebut untuk komisen lumayan.
Akan tetapi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, anak kelahiran Johor
yang dikatakan menjadi calon pilihan PR untuk menggantikan Abdul Ghani
sebagai MB, berjanji perkara ini tidak akan berlaku di bawah
pemerintahan pakatan jika ia berjaya merampas kubu Umno di Johor dalam
pilihan raya akan datang.
“Dengar cerita tanah Kampung Melayu Majidee nak dijual, pemimpin Umno
sedang bincang-bincang, komisennya cukup lumayan,” kata ahli parlimen
Kubang Kerian itu kepada hadirin.
“Kalau Umno tak boleh pertahankan tanah orang kampung, kami PR akan
selamatkan tanah tuan-tuan,” tegas Salahuddin disambut sorakan dan
teriakan penyokong mereka.
“PR akan jadikan Kg Melayu sebagai Kampung Warisan Negara, Umno tak
fikir ini semua ... esok dah hilang kampung, nak buat apa, nyanyilah
lagu ghazal,” kata beliau merujuk kepada lagu tradisional Melayu Johor.
Kampung Melayu Majidee adalah penempatan untuk selurang-kurangnya 10
kampung Melayu dan dikatakan mewakili suara Melayu bandar Johor, kubu
kuat lama parti tunjang Barisan Nasional (BN), iaitu Umno.
Tetapi orang-orang yang hadir malam tadi kelihatan riuh dalam menunjukkan sokongan mereka untuk rentetan pemimpin PR -
bergilir-gilir di pentas ceramah.
The Malaysian Insider mendapati ramai orang muda di kalangan
hadirin, faktor yang tidak dilupakan oleh penceramah kerana mereka
bangkit untuk sorakan lebih padu.
Pemimpin de facto PR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan kemuncak
malam tadi, dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail,
berjanji untuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
(PTPTN) jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya.
Selain itu, Anwar memberikan jawapan khas terhadap kritikan kerajaan
persekutuan di bawah PR akan mengakibatkan kehilangan kuasa politik
orang Melayu, kumpulan etnik yang paling dominan di negara ini.
“(Kalau) menang, menanglah, tak menang takpelah, kita tawakal kepada
Allah. Kita tak mungkin kekal dalam perjuangan ini kalau nak khianat
Melayu,” tegas Anwar.
Walau bagaimanapun, terdapat dikalangan hadirin yang meragui retorik PR.
Seorang hadirin yang ditemui The Malaysian Insider walau
bagaimanapun berkata, cabaran PR di Johor amat besar kerana mereka perlu
memecahkan monopoli Umno dan BN daripada penduduk Melayu Johor jika
mahu menawan negeri tersebut.
Monodon, 49, mengakui Melayu Johor lebih cenderung kepada Umno, dan kesedaran politik mereka terhadap PR amat sedikit.
“Tapi pengundi muda, ada anak- anak yang merupakan pengundi baru ...
mereka ini lebih kepada PR, mereka ada maklumat daripada alternatif
media,” katanya.
Di semenanjung, Johor dilihat sebagai kunci PR untuk menawan
Putrajaya, diantara negeri yang tidak terkesan dengan Tsunami politik
Pilihan Raya 2008.
Menjelang Pilihan Raya 2013, PR memberikan tumpuan menang di Johor
termasuk secara strategiknya memindahkan pemimpin utama mereka untuk
bertanding di negeri selatan tanah air itu.
Diantaranya termasuk Penasihat DAP Lim Kit Siang yang diumumkan oleh
Anwar awal minggu ini bakal meninggalkan kerusi Ipoh Timur untuk
bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah.
Melayu merupakan 60 peratus daripada tiga juta populasi di Johor,
yang juga penempatan kepada 74 kawasan FELDA di 21 kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN).
Undi Melayu FELDA sering dijadikan BN sebagai kunci utama dalam
pertempuran pilihan raya, dan juga telah dikreditkan sebagai antara
sebab-sebab di sebalik survival BN dalam pilihan raya umum 2008.
Dalam Pilihan Raya 2008, BN menjadi kerajaan yang kuat di Johor
apabila menang 25 daripada 26 kerusi parlimen dan 50 daripada 56 kerusi
DUN.
Tanpa kemenangan di Johor, BN akan kalah di tangan PR di semenanjung,
dengan hanya 60 kerusi persekutuan berbanding PR yang mempunyai 79
kerusi.
Dengan mengambilkira kerusi Johor, kerusi di semenanjung antara BN dan PR adalah 85-80.TMI
Gambar di bawah dari:
Keadilan Daily
Gambar di bawah dari:
Keadilan Daily
No comments:
Post a Comment