myMetro 24 Mac 2013
Kuala Lumpur: Dua kelab malam berlainan lokasi di ibu kota dikesan
menawarkan tarian sangkar dengan aksi separuh bogel membabitkan
sekumpulan penari seksi, termasuk gadis tempatan, sebagai pelaris
terbaru kepada pengunjungnya.
Taktik itu bagi memastikan kelab malam terbabit sentiasa dipenuhi
pengunjung, terutama pada hari bekerja, selain mengatasi saingan premis
lain.
Bertindak hasil aduan pembaca, wartawan Metro Ahad mendapati
suasana di kelab malam terbabit tidak ubah seperti suasana di Patpong,
Thailand dengan aksi penari berpakaian dalam menari secara terbuka
ketika tinjauan, awal pagi kelmarin.
Dalam tinjauan jam 12.30 tengah malam, aksi tarian ghairah itu boleh dilihat dengan jelas walaupun dari luar kelab malam melalui pintu kelab yang terbuka.
Dalam tinjauan jam 12.30 tengah malam, aksi tarian ghairah itu boleh dilihat dengan jelas walaupun dari luar kelab malam melalui pintu kelab yang terbuka.
Kelab malam yang menghidangkan tarian berahi.
Sumber yang hanya mahu dikenali sebagai Danny, 36, berkata, kegiatan tidak bermoral di kelab malam terbabit dikesan sejak tahun lalu, namun ia hanya diadakan pada hari tertentu.
No comments:
Post a Comment