Harakahdaily, | 25 Mac 2013 |
(konvoi bermotor Pemuda Kelantan)
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Kelantan (DPPNK) telah
melancarkan Kempen Kekal Kelantan (K) hari ini bertempat di Tapak Ekspo
Machang, Jalan Machang - Tanah Merah bagi menyemarakkan momentum
semangat mempertahankan kerajaan Kelantan daripada dirampas oleh
Umno/Barisan Nasional di dalam pilihanraya umum akan datang.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk menangkis fitnah yang disebarkan oleh media massa milik Umno/ Barisan Nasional yang semakin menjadi-jadi dalam usaha untuk mencalarkan kredibiliti kerajaan Kelantan di mata rakyat.
Pelancaran kempen ini dimulakan dengan perarakan lebih 1000 buah motosikal daripada seluruh pelusuk negeri Kelantan ke tapak program.
Mereka datang dari empat arah berbeza (Kota Bharu, Kuala Krai, Tanah Merah dan Pasir Puteh) dengan semangat membara untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi golongan muda kepada kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Di tapak program, majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah dan kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Marzuk Shaary, Bendahari DPPNK.
Solat Isyak berjemaah dan solat hajat turut diadakan kemudiannya diimami oleh Ustaz Asri Daud, Penolong Setiausaha DPPNK.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan ceramah umum yang disampaikan di hadapan belasan ribu hadirin oleh Ketua DPPNK, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Dato Nasuruddin Daud dan Naib Presiden PAS Dato Haji Husam bin Musa.
Kemuncak majlis pelancaran kempen ialah pelepasan belon dan sepanduk pelancaran oleh Husam sebagai simbolik permulaan gerak kerja kempen 'K'.
Menurut Pengarah Program Ceramah Perdana Pelancaran Kempen 'K', Mohd Nuri Mat Yaacob, kehadiran melimpah ruah rakyat Kelantan pada malam tersebut membuktikan bahawa semangat untuk mengekalkan Kelantan di bawah kepimpinan ulama tidak berkurangan momentumnya bahkan ia semakin bertambah ekoran serangan bertali arus media massa milik Umno/BN ke atas kerajaan negeri Kelantan.
"Pada tahun 2008, kempen agresif Umno/BN di negeri Kelantan menyebabkan mereka hanya menang enam kerusi sahaja di dalam pilihanraya umum ke 12.
"Kita yakin, jika mereka berterusan menabur fitnah terhadap kerajaan negeri Kelantan, nasib yang sama juga akan dihadapi oleh UMNO/BN dalam piliharanaya umum yang akan datang," ujarnya yang juga Setiausaha DPPNK.
Manakala Ketua Penerangan DPPNK, Ahmad Fadhli bin Shaari pula menyatakan majlis ceramah umum tersebut hanyalah sebagai satu permulaan dan akan disusuli dengan pelancaran kempen K ke seluruh negeri Kelantan.
Selain itu, ia akan disusuli dengan sebaran risalah, sticker dan pelbagai kempen bagi menyemarakkan semangat mempertahankan Kelantan daripada serangan UMNO/Barisan Nasional.

No comments:
Post a Comment