KUALA LUMPUR, 26 Mac — PKR hari ini menyertai rakan dalam Pakatan
Rakyat (PR) DAP dan PAS apabila menolak tawaran untuk bersiaran 10 minit
dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM), serta membidas ia satu
“penghinaan” kerana saluran televisyen tersebut hanya menyiarkan berita
dan iklan pro-Barisan Nasional (BN) sepanjang masa.
Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar) berkata kerajaan sepatutnya memastikan semua organisasi media memberikan liputan yang adil kepada semua parti politik.
“Ia tidak boleh 99 peratus hanya tentang satu parti dan selebihnya
kepada parti lain,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR disini
hari ini.
Ahli dewan undangan negeri Seri Setia juga menambah pihak media
sepatutnya mengambil pendekatan demokrasi diseluruh dunia lain, termasuk
di Barat malahan Indonesia dan Turki dimana menyiarkan perdebatan
antara pemimpin politik adalah perkara biasa dilakukan.
Beliau menyatakan beberapa tawaran daripada pembangkang untuk
mengadakan debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa kali telah ditolak
serta-merta.
“Ia hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Kami tidak mempunyai
ruang untuk nyatakan pandangan... dan laporan media sentiasa tidak
telus.
“Jika kami dapat siaran 10 minit, ia terlalu kecil. Kamu boleh lihat
ia dipenuhi dengan pengiklanan, penuh dengan BN... dan kemudiaan kamu
beri kami siaran untuk 10 minit?” beliau mengeluh.
“Tawaran tersebut adalah permainan politik palsu untuk memberi gambaran tidak tepat tentang peranan media dalam demokrasi.”
Nik Nazmi mengeluh negara sepatutnya mengamalkan perdebatan sihat dan
wacana demi masa depan negara, sebaliknya senario politik Malaysia
dipenuhi dengan “seks dan pornografi”, yang menjadi bahan untuk
menjatuhkan imej pembangkang khususnya.
“Orang ramai dah muak dengan ini. Kita perlu bercakap tentang dasar dan masa depan negara,” katanya.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim
berkata pada Jumaat lepas mengumumkan parti politik akan diberi masa
siaran 10 minit dalam RTM bagi membentangkan manifesto mereka yang
direkod awal menjelang Pilihan Raya 2013.
Rais berkata peluang yang diberikan adalah bertujuan menghormati sistem demokrasi di negara ini.
Semalam, kedua-dua PAS dan DAP menolak tawaran itu.
Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
berkata partinya tidak akan menerima tawaran itu kerana mereka tidak
mahu memberikan BN justifikasi bahawa parti pemerintah mengamalkan
kebebasan bersuara.
Beliau menambah bahawa PR mahu hak untuk menjawab, bukan hanya semasa
pilihan raya umum, tetapi pada setiap masa dalam semua media arus
perdana dan stesen TV yang mana hampir semuanya dikawan BN.
Bagi PAS, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali berkata parti itu
menolak tawaran tersebut memandang penyiaran 10 minit tersebut tidak
direkodkan secara langsung.
“Apa saja boleh berlaku jika tidak secara langsung,” katanya, apabila
ditanya jika PAS takut komen mereka akan disunting oleh RTM. TMI
dont think about getting a fair treatment from local media to make public Pakatan manifesto..it's not going to happen..nothing much pakatan could expound its manifesto in 10 minutes..the only plausible reason giving pakatan 10 minutes on air is to spin the manifesto so as to portray pakatan manifesto merely a lip service...
ReplyDelete