Tuesday, March 26, 2013

Wanita Perancis Simpan Jasad Bayi di Dalam peti Sejuk


Selasa, 26 Mac 2013
 
PARIS, KOMPAS.com — Seorang wanita berusia 32 tahun ditahan kerana diduga telah melakukan pembunuhan anak-anak.

Polis  menemui dua kerangka anak-anak di dalam sebuah peti sejuk di kediamannya di kota Amberieu, Perancis. Demikian pernyataan resmi polis , Selasa (26/3/2013).

Wanita itu sudah berada dalam tahanan sejak  24/3/2013 , saat kekasihnya menghubungi polis  setelah menemukan satu kerangka di kediaman perempuan tersebut.

"Saat ditemukan, sangat sukar memperkirakan usia kerangka itu. Kami juga sukar memperkirakan apakah itu kerangka bayi yang baru lahir atau janin yang digugurkan," kata jaksa yang menangangi kes ini, Denis Mondon.

Harian setempat, Le Progres, melaporkan, perempuan yang bekerja sebagai pelayan itu, pada 2005 pernah terbukti membunuh bayinya yang baru lahir pada 2002 kerana tak ingin diketahui keluarga dan teman-temannya.

Dalam kes itu, menurut Le Progres, ibu si perempuan terbukti bersalah kerana membantu puterinya menyingkirkan jasad bayi itu.

No comments:

Post a Comment