Friday, March 15, 2013

Pua: Laman web DAP diserang 3 kali minggu lalu



Serangan penafian perkhidmatan (DDoS) terhadap laman web DAP minggu lalu disifatkan bermotif politik dan boleh jadi dibiayai penyokong pro-BN, dakwa DAP.

Pelayan laman web DAP (dapmalaysia.org) di Amerika Syarikat telah mengalami tiga serangan DDoS minggu lalu, kata Setiausaha Publisiti Tony Pua.

Dalam sidang medianya hari ini, Pua yang juga ahli parlimen Petaling Jaya Utara berkata portal berita Roketkini versi bahasa Melayu turut mengalami kesan yang sama.

Beliau percaya insiden minggu lalu hanya 'percubaan' untuk melihat serangan itu berupayamenghalang orang ramai melayari laman web DAP menjelang pilihan raya umum ke-13.

No comments:

Post a Comment