Jacel (kiri) berkata pakciknya bersedia untuk melepaskan empat orang Malaysia ditawan. – Gambar Reuters
KUALA LUMPUR, 6 Mac — Pemimpin pemberontak Agbimuddin Kiram dan
kumpulan militannya terselamat dari serangan operasi ketenteraan
Malaysia kata “puteri” Sulu, Jacel Kiram pagi ini kepada stesen
televisyen Filipina.
Anak kepada Jamalul Kiram, salah seorang daripada sembilan yang
mendakwa memegang takhta Sultan Sulu, mengatakan pakciknya bersedia
untuk melepaskan empat orang Malaysia ditawan, akan tetapi, mahu
melakukannya dihadapan media antarabangsa dan Pertubuhan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah antarabangsa bagi membuktikan keselamatan tawanan.
“Kiram: Raja Muda masih selamat, bersedia untuk melepaskan tawanan
tetapi dihadapan Palang Merah dan media antarabangsa untuk menunjukkan
mereka dilepaskan dengan selamat,” kata ABS-CBN News Channel melalui
akaun Twitter mereka berkenaan temuramah dengan Jacel.
Selepas beberapa pertempuran minggu lepas dengan polis Malaysia,
militan bersenjata Filipina mendakwa mereka telah menangkap seorang
anggota polis, dua anggota tentera dan seorang pegawai kerajaan sebagai
tebusan.
Dakwaan mereka walau bagaimanapun, masih belum disahkan.
Pasukan keselamatan Malaysia menggempur pemberontak bersenjata di
Kampung Tanduo di Lahad Datu, Sabah semalam, bermula dengan serangan
serangan udara pada subuh dengan jet pejuang F18 dan Hawk melepaskan bom
ke atas kampung.
Tetapi hampir serta-merta selepas itu, laporan berita di Filipina
berkata Agbimuddin dan orang-orangnya berdiri dan memerhatikan serangan
dan letupan dari lokasi tersembunyi kira-kira 1km dari kawasan bom
digugurkan.
Dalam penggilan telefon kepada jurucakap Sultan Sulu, Abraham
Idjirani pada pukul 9.30 pagi, Agbimuddin mengatakan orang-orangnya
tidak terkena serangan dan bersedia untuk terus melawan.
Selepas serangan udara, tentera darat masuk ke dalam kampung,
meneruskan Ops Daulat dengan berhati-hati untuk menghalau keluar
penceroboh.
Tetapi mereka kemudian mengakui bahawa tiada siapa yang telah
ditangkap dalam serangan itu. Laporan berita menunjukkan tenang dan
senyap di hospital daerah Lahad Datu, yang telah diletakkan
berjaga-dengan jangkaan bakal berlaku lagi pertumpuahan darah.
Sebaliknya, berita dalam media Filipina mendakwa bahawa Agbimuddin
menerima bantuan daripada 10,000 penduduk Sulu dari rumah mereka di
Basilan, Sulu, Tawi-Tawi dan Zamboanga di Filipina untuk membantu
saudara-saudara mereka di Lahad Datu.
Dalam laporannya semalam, agensi berita dari Perancis AFP berkata
jika benar penceroboh itu terlepas kawalan ketat, pasukan keselamatan
Malaysia berkemungkinan akan mendapat cemuhan kerana ketidakcekapan
dalam berhadapan dengan 200 lelaki bersenjata, dan khuatir kumpulan
tersebut masih dalam pelarian.
Jacel, dalam wawancara dengan saluran ABS-CBN News Channel, muncul
untuk mengesahkan ini sambil mengecam pentadbiran Aquino kerana tunduk
kepada Malaysia dan menambah bahawa beliau masih berharap agar kebuntuan
selesai dengan secara aman.
Puteri Sulu tersebut juga tidak gembira dengan label “pengganas”
gelar pentadbiran Aquino terhadap pakciknya dan para pengikut,
mengatakan ini menunjukkan kerajaan cuba untuk menyekat apa-apa bantuan
yang mungkin boleh diterima dari masyarakat antarabangsa.
“Kami adalah rakyat Filipina. Sebagai pemimpin negara ini, kamu harus
pertahankan kepentingan rakyat,” kata beliau dalam mesej kepada
Presiden Benigno Aquino III, menurut akaun Twitter ABS-CBN.
“Kami tahu kami bersenjatakan kebenaran,” katanya.
Dalam kegelisahan selepas serangan semalam, Ketua Polis Negara (KPN)
Tan Sri Ismail Omar mengakui semasa sidang akhbar bahawa pasukan
keselamatan negara masih belum menemui seorangpun militan yang mati.
Agbimuddin dan pemberontak bersenjatanya telah mendarat di kampung
pantai pada 9 Februari tanpa sebarang gangguan dari Tawi-Tawi di selatan
Filipina, dalam serangan mendedahkan keselamatan longgar di pantai
Malaysia.
Kumpulan, yang mendakwa menjadi pengikut Kesultanan Sulu, menegaskan
bahawa Sabah adalah milik mereka kerana ia telah diberikan kepada
keluarga Kiram oleh Sultan Brunei pada abad ke-17. TMI
No comments:
Post a Comment