1 Mac 2013
Pertama
sekali Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada
PI Bala di atas keberanian beliau muncul di pentas ‘Talkshow’ anjuran
SAMM. Sekalung tahniah juga dihamburkan buat lebih tiga ribu hadirin
yang ‘melimpahkan’ Dewan Perhimpunan Cina (KLSCAH) malam semalam.

Tidak cukup dengan dewan dan pentas, satu skrin besar diletakkan di
kawasan parkir dan menyaksikan ratusan hadirin memenuhi parkir kerana
dewan yang sudah penuh. Festival Talkshow malam tersebut juga telah
keudara secara langsung oleh Radio Bangsar dan memecah angka rekod
dengan lebih 60ribu pendengar dari seluruh dunia.
Ia jelas menunjukkan isu pembunuhan Altantuya masih mendapat
perhatian yang menyeluruh walaupun telah hampir 7 tahun berlalu. Isu
pembunuhan penuh misteri ini bukan sahaja satu kes pembunuhan semata,
malah ia sebuah misteri yang berkait rapat dengan rasuah penyelewengan
melibatkan separuh bilion duit rakyat.
Kemunculan semula PI Bala di pentas SAMM malam semalam menghurai
banyak persoalan walaupun bukan keseluruhannya. Setelah beberapa
pimpinan NGO naik ke pentas memberi perspektif masing-masing, dewan
digelapkan dan PI Bala naik ke pentas bersama moderator Chegubard
sebagai kemuncak program.
Satu jam yang pertama PI Bala menceritakan pengalamannya sepanjang
bekerja dengan Razak Baginda. Penceritaan konsisten dan lancar mengulang
setiap detik yang berlaku dengan apa yang dilaporkan dalam pengakuan
bersumpahnya adalah ciri-ciri orang yang bercerita dari pengalaman
sebenar, bukan rekaan atau penipuan sepertimana petikan inggeris “Liars
have a bad memory”.
PI Bala juga mengakui beberapa perkara yang telah didedahkan oleh
Deepak Jaikishan sebelum ini. Antaranya termasuklah beliau akui Deepak
sebagai orang tengah yang dihantar oleh Rosmah, nama pengiring
Najib/Rosmah iaitu DSP Musa Safri dan s/u Najib iaitu Nasir Safar juga
disebut. Turut didedahkan oleh PI Bala ialah ‘VVIP’ yang terlibat
menjadi dalang di sebalik pembunuhan Altantuya adalah Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak, yang juga telah diketahui oleh hampir seluruh
rakyat Malaysia.
Paling menggemparkan ialah PI Bala mengakui beliau telah dipertemukan
kepada adik kepada Najib iaitu Nazim Razak yang membawa tawaran supaya
PI Bala menukar pengakuan bersumpahnya. Apabila ditanya oleh Chegubard
sejauh mana pastinya PI Bala mengenali susuk adik kepada Timbalan
Perdana Menteri ketika itu, PI Bala menjawab beliau mengenali
personaliti TV3 yang dikahwini oleh Nazir, yang juga bermakna Najib
Razak benar-benar terdesak untuk menyelesaikan kes yang boleh membawanya
ke tali gantung.
Justeru
itu, SAMM hari ini sekali lagi mendesak agar kes pembunuhan Altantuya
Shaariibu harus dibicarakan semula dengan mengambil kira akuan bersumpah
PI Bala yang pertama dan Najib Razak serta Rosmah harus di’subpoena’ ke
Mahkamah perbicaraan.
Sampai bila Najib Razak harus berdiam diri? Sebagai Perdana Menteri,
Najib harus bersihkan namanya dengan sekurang-kurangnya menjawab segala
pendedahan yang dibuat.
Selesai episod pertama di KLSCAH yang berlangsung dengan gemilang
walaupun sebagai episod pelancaran atau ‘pemanas badan’. Episod kedua
pada 1 Mac, SAMM akan membawa ‘Bala buat Najib’ ke Pantai Timur di Kota
Bharu, Kelantan. Bertempat di Kompleks Pendidikan Islam (KPI) Kg Badak,
Bachok, pentas kali ini akan dilangsungkan dengan format yang berbeza,
mengikut resam SAMM yang penuh dengan kepelbagaian.
Buat masa ini 4 episod awal telah disusun di mana episod ketiga ‘Bala
buat Najib’ akan berlangsung di Johor pada 6 Mac manakala episod
terakhir dalam fasa pertama ini PI Bala akan dibawa terbang menyeberangi
Laut Cina Selatan ke Sabah pada 9 Mac nanti.
Sekian,
Chegu Bard
Ketua Penyelaras SAMM
Ketua Penyelaras SAMM
Short URL: http://www.keadilandaily.com

No comments:
Post a Comment