Sunday, March 24, 2013
Keberanian begini yang kita mahu
Dr Harlina tegur Rozita Che Wan bab pakai skirt pendek
Kalaulah ada 10 000 org mcm Dr.Harlina ni...
Beberapa hari lalu, kecoh mengenai sekeping gambar Rozita Che Wan
memakai skirt pendek bewarna biru sambil bersimpul duduk di sebelah
kekasihnya, Zain Saidin.
Gambar berkenaan telah menyebabkan Zain terus memadamkan akaun Instagramnya.
Malah, sehari selepas itu, Rozita tampil dengan kenyataan tentang seksi itu adalah hak miliknya.
Susulan dari kontroversi itu, Pakar Perunding Obstetriks &
Ginekologi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Naib
Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah
Siraj telah tampil dengan satu kenyataan.
Adalah diharap perkongsian artikel ini akan memberi manfaat bukan saja
kepada Rozita, malah kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Salam ukhuwah.
Atas dasar tanggungjawab dan amanah, Dr Har memberanikan diri
mengajukan pandangan terhadap fenomena semasa yang amat membimbangkan –
di mana semakin ramai ahli masyarakat yang tidak lagi peduli dan kisah
dengan teguran orang lain di sekeliling. Apa yang lebih menyedihkan –
apabila alasan yg diberikan berlandaskan hujah hak asasi peribadi, yang
dianggap mutlak milik individu. Orang lain dianggap tidak berhak
campurtangan dan mempersoalkan keputusan, tindakan dan tingkah laku
seseorang itu.
Terbaru, hari ini (21 Mac 2013) terdapat laporan akhbar harian
mengenai komen seorang yang dikenali ramai mengenai `hak peribadi’nya
utk berpakaian seksi. Beliau juga memberi amaran agar orang ramai jangan
terlalu menjaga `tepi kainnya’.
Sedih dan sayu rasa hati membaca komen tersebut. Masakan boleh Dr Har
buat tak kisah dan membiarkan golongan ini begitu sahaja. Kalau ada
yang mahu mengatakan : `Who cares?’, Dr Har jawab `I do care! A lot!‘
Dalam konteks ini, perlu sangat diperjelaskan bila nak bercakap pasal hak, ada beberapa noktah yang mesti diperhatikan :
Jangan
lupa, jauh mendahului hak individu adalah hak Allah SWT yang Maha
Agung, Perkasa dan Sempurna. Hak Allah SWT adalah untuk disembah,
dipatuhi dan diagungkan. Segala suruhan-Nya adalah untuk kebaikan
manusia itu sendiri, maka pujuklah diri dan relakanlah jiwa untuk patuh,
taat dan setia. Larangan yang membawa kemurkaan-Nya adalah untuk
keselamatan dan kesejahteraan manusia itu sendiri, maka jauhilah
sejauh-jauhnya. Membelakangkan hak Allah, tidak memperdulikan
suruhan-Nya – adalah satu manifestasi kesombongan yang luarbiasa!
Janganlah pula terlupa, tubuh badan kita sebenarnya bukan hak milik
kita, yang boleh diperlakukan sewenang-wenangnya. Ianya hanya pinjaman
sementara, dari Empunya yang tidak pernah terleka. Keindahan tubuh badan
ini boleh hilang sekelip mata, semua terpulang kepada yang Empunya.
Bukankah kita mengimani adanya Hari Pembalasan di Padang Mahsyar?
Khabarnya, itulah saat segala anggota tubuh badan kita akan mengadu
perihal penyalahgunaan dan pengkhianatan kita. Mulut yg begitu lantang
bersuara semasa di dunia, terkunci rapat semasa ditimbangtara. Tentu
sekali kita takkan boleh berkata kepada Tuhan yang Empunya segalanya,
`Jangan jaga tepi kainku!’
Jangan lupa, selain hak adanya pula tanggungjawab dan rasa hormat.
Tiga aspek ini :Responsibilities, Rights & Respect – 3R, tak boleh
dipisahkan. Hak hanya boleh diberikan kpd mereka yg sudah menjalankan
tgjwb & peranan mereka dengan baik dan sempurna. Peruntukan hak
mestilah pula dihormati. Jangan asyik berhujah dengan hak kita yang itu
dan yang ini. Tanyakan pada diri, sudahkah tanggungjawab dan peranan
asasi kita sebagai hamba Allah dan khalifah terlaksana? Kalau belum, hak
apa sebenarnya yang ada pada dirimu?
Jangan lupa, kita manusia makhluk Allah yg perlu hidup secara
berkelompok dan bersosial. Kita manusia lemah, amat saling bergantungan
dan perlu-memerlukan. Selain hak individu, ada di sana hak kolektif
(jamaí) yang menjadi milik komuniti di sekelilingmu. Bila bertembung
antara hak individu kita dengan hak kolektif massa – ketahuilah, hak
kolektiflah yang harus didahulu dan diutamakan. Demi sebuah ketenangan
hidup yang penuh rasa hormat-menghormati, ayuh kita belajar dari
kelompok manusia dulu – mendahulukan hak kolektif dibandingkan hak
individu.
Mungkin yang paling mendapat manfaat dari nukilan ini, bukanlah kelompok sasaran yang diajukan teguran.
Tak mengapalah, Dr Har yakin, ada kelompok yang pasti mendapat sedikit peringatan dan tazkirah.
Fazakkir, innafa’atiz zikra : Dr Har akan terus memberi peringatan,
sesungguhnya peringatan yang berulang-ulang itu banyak manfaatnya!
Salam ukhuwah :
Dr.Harlina Halizah Siraj ( Dr.Har)
No comments:
Post a Comment