Wednesday, April 17, 2013

Ahmad Bashah lawan orang muda di DUN Bakar Bata

Oleh Md Izwan dan Amin Iskandar

April 17, 2013
Ahmad Bashah berkata persaingnya juga merupakan anak kepada rakannya. – Gambar-gambar oleh Md IzwanKUALA LUMPUR, 17 April — Dua individu daripada era berbeza akan bertarung di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata pada Pilihan Raya 2013 iaitu Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, 63 yang akan dicabar calon lebih muda 30 tahun daripadanya Eekmal Ahmad, 33, dari PKR.

Menurut Ahmad Bashah, beliau tahu tentang seorang anak muda yang akan mencabarnya.
“Saya tahu di situ (Bakar Bata) memang seat PKR,” jawab Ahmad Bashah apabila ditanya tentang peluang mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya 2008 lalu.

Beliau juga memberitahu, Eekmal yang merupakan anak kepada rakannya, Datuk Ahmad Md Isa, bakal menjadi lawannya dalam pilihan raya akan datang, tetapi menerima dengan hati terbuka dan berkata faktor usia bukan penentu kemenangan mana-mana calon yang bertanding.

“Orang muda? Tak apalah, kita lawan sajalah.
“Anak kawan saya juga tu, bapa dia ex-district officer, lepas itu ex-jawatankuasa pemuda saya. Bapa dia pernah jadi jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Alor Setar... masa itu saya jadi ketua,” ujar Ahmad Bashah.

Lebih menarik lagi, bapa Eekmal sendiri turun membantu anaknya berkempen dan berceramah di kawasan sekitar Bakar Bata.
“Ya, bapa dia memang ada turun.Tak apalah itu strategi masing-masing. Masa hari pilihan raya rakyat jugalah yang tentukan,” kata Ahmad Bashah dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider bulan lalu.
Eekmal (tengah) merupakan bekas setiausaha akhbar Anwar Ibrahim. Eekmal, yang juga merupakan bekas setiausaha akhbar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakui cabaran dan halangan yang dihadapinya sangat sukar terutamanya tidak memiliki sumber cukup untuk menampung kempen ataupun memberikan sumbangan kepada orang ramai menjelang pilihan raya.

baca selengkapnya

No comments:

Post a Comment