sinarharian
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 28
tahun itu dibakar hidup-hidup di hadapan ahli keluarganya di kediaman
mereka di sini.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, suspek
berusia 21 tahun yang tinggal di Batu Kikir itu pulang ke rumah selepas
menerima panggilan telefon daripada abangnya.
Menurutnya, ketika itu, abangnya sempat menegur suspek kerana jarang pulang ke rumah.
"Namun ketika suspek pulang ke rumah, abangnya sekali lagi menegur
sikapnya yang jarang pulang ke rumah dan berlaku pergaduhan mulut.
“Suspek yang ketika itu membawa minyak dipercayai petrol untuk diisi ke
dalam motosikal ayahnya, namun akibat marah ditegur dia cuba membakar
kenderaan abangnya,” katanya.
Hamzah berkata, tindakan abangnya yang cuba menghalang suspek daripada
membakar kenderaannya itu membuatkan suspek bertambah marah lalu
menyimbah minyak tersebut di bahagian muka dan badan abangnya.
“Selepas menyimbah minyak, suspek terus menyalakan api dan menyebabkan abangnya terbakar.
“Kejadian yang berlaku di hadapan rumah itu turut disaksikan oleh kedua
ibu bapa mereka serta isteri abangnya. Selepas itu, suspek bertindak
melarikan diri,” katanya.
Katanya, bapa mangsa yang melihat kejadian itu segera meminta bantuan daripada Klinik Kesihatan Palong.
“Mangsa yang melecur di bahagian belakang badan, kepala, muka, dada
serta kedua belah tangan dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah
(HTAN), Kuala Pilah untuk rawatan lanjut,” katanya.
Katanya, pihaknya berjaya menahan suspek yang juga merupakan bekas Orang
Kena Pengawasan (OKP) kira-kira jam 8 pagi, semalam, ketika dia pulang
ke rumahnya.
“Bapa mangsa menghubungi Balai Polis Ladang Gaddes dan memaklumkan
anaknya sudah pulang. Suspek turut memberi kerjasama ketika ditahan.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya
No comments:
Post a Comment