29 April 2013
Dari segi itu, laman ini tidak ada masalah, ini negara demokrasi.
Tapi kita ada masalah bila ada dikalangan artis-artis ini mengambil kesempatan atas populariti masing-masing untuk menghasilkan video yang mengecam pemimpin Pakatan Rakyat, terutama dalam isu berkaitan video seks pemimpin seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Mustafa Ali.
Pengalaman dan pengetahuan dalam selok belok produksi drama dan filem, digunakan sepenuhnya oleh golongan ini untuk mendakwa video-video tersebut adalah tulen dan asli serta tidak boleh dimanipulasi dengan apa cara sekalipun.
Antara yang terlibat ialah artis bernama Azhar Sulaiman ini. Azhar Sulaiman kebelakangan ini diketahui giat menghasilkan video-video yang mencemarkan imej pemimpin Pakatan Rakyat melalui media sosial seperti Youtube dan Facebook.
Baru-baru ini, Azhar mendakwa video seks membabitkan kedua-dua pemimpin tersebut adalah asli dan dia sanggup dipanah petir kalau kedua terbukti kedua-dua video tersebut adalah palsu!!!
Belajar saja tinggi, tapi cara pemikiran macam orang terencat akal, bodoh.
Nasib baik penyebaran video tersebut di laman facebook disekat oleh ‘simulasi’ yang digerakkan oleh pasukan cybertroopers Pakatan Rakyat, Red Bean Army. Sehingga semalam, akaun Facebook Azhar Sulaiman telah ditutup akibat simulasi yang dijalankan pasukan ini.
Tapi kalau benar dia mahu sangat dipanah petir, apa salahnya? Mari kita semua penyokong Pakatan Rakyat semua ramai-ramai mendoakan agar Azhar Sulaiman dipanah petir Jumaat ini, lebih baik selepas upacara sembahyang Jumaat, ramai orang sikit yang boleh tengok.
Nampak macam bodoh permintaan macam ini, tapi dah yang memulakan pun tidak kurang bodoh juga, apa salahnya?
Kalau itu benar-benar terjadi (Azhar disambar petir), laman ini yakin, peluang Pakatan Rakyat untuk menang dalam pilihanraya umum akan datang, amat tinggi sekali kerana sekarang terbukti Tuhan juga bersama Pakatan Rakyat.
Sementara masa itu sampai, semua penyokong Pakatan Rakyat WAJIB meludah Azhar Sulaiman ini kalau berjumpa.
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com/
No comments:
Post a Comment