Dalam suasana kempen yang hanya berbaki enam hari lagi, Pakatan
Rakyat Johor dipercayai telahpun bertapak kukuh di hampir separuh
daripada 11 kawasan parlimen yang disasarkannya di Johor dan kini
bergerak dengan lebih agresif di enam lagi kawasan.
Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata Pakatan masih perlu
memastikan 10 kerusi dari Johor, Sabah dan Sarawak berada di tangannya
untuk membolehkan gabungan parti itu membentuk kerajaan di Putrajaya.
Lima kerusi di Johor tersebut adalah Gelang Patah, Bakri, Kluang,
Kulai dan Segamat, yang mengandungi antara 46 hingga 56 peratus majoriti
pengundi Cina.
Selain Bakri, yang dimenangi Pakatan dalam pilihan raya umum 2008, empat kerusi lain menunjukkan ciri-ciri sama:
- Peratusan pengundi Cina tinggi
- Jumlah penduduk bandar kelas pertengahan yang besar
- Kehadiran yang ramai di ceramah pembangkang sejak dua minggu lalu
- Ditandingi pemimpin utama parti dengan kekuatan jentera yang besar
Formula Pakatan untuk memenangi kawasan ini adalah dengan
meningkatkan sokongan Cina kepada lebih 75 peratus dan mengekalkan
sokongan 25 hingga 30 peratus dari kalangan pengundi Melayu.
Sekiranya trend yang ditunjukkan ini berterusan sehingga akhir tempoh
kempen, MCA mungkin akan tewas di tiga kerusi – Kulai, Bakri dan Kluang
– daripada tujuh kerusi yang ditandinginya.
DAP pula mungkin menjadi parti pembangkang paling besar di Johor dengan empat kerusi parlimen diikuti PKR dengan satu kerusi.
Short URL: http://www.freemalaysiakini2.com
No comments:
Post a Comment