Monday, April 29, 2013

Seorang Tentera Diculik Dan Dicabuli 4 Wanita

 
Seorang tentera di Zimbabwe diculik selama beberapa hari dan dicabuli oleh empat orang wanita. Setelah puas, tentera itu lantas dibuang di wilayah pergunungan yang terpencil.

Diberitakan Daily Mail, pada 28 April 2013, kes ini bermula ketika mangsa yang berusia 25 tahun ditawarkan menumpang kereta oleh pelaku di kota Mutare. Dalam kereta Mercedes Benz itu ada dua wanita dan seorang lelaki.

Setelah memandu satu jam, kereta itu pergi ke arah yang berlawanan dari tujuan mangsa. Ketika protes, tentera malang ini malah dituding pisau.

"Putar arah, pelaku mengatakan ingin mencari makan. Namun ketika mangsa minta diturunkan, mereka malah menodongnya dengan pisau dan mengancamnya. Seorang pelaku menutup mata tentera itu dengan kain hitam," kata juru cakap  polis  Manicaland, Asisten Inspektur Nuzondiwa Clean, kepada akhbar Zimbabwe NewsDay.

Menurut Clean, setelah itu mangsa dibawa ke sebuah rumah yang terdapat dua wanita lainnya. Korban lalu ditelanjangi dan dicuri telepon selular dan wang sebesar US$35.

Lalu peristiwa biadab itu terjadi, tentera malang itu dicabuli oleh wanita-wanita ganas itu. Korban diculik antara 19-23 April lalu. Selama dalam penahanan mereka, tentera itu mendapatkan perlakuan tidak senonoh.

Korban akhirnya dibuang di wilayah pergunungan Dangamvura. Menurut Clean, pelaku melukai kaki mangsa dengan batu hingga luka parah sebelum akhirnya lari.

Beruntung, tentera ini masih mampu berjalan ke pos polis  Sakubva untuk melapor. Polis Zimbabwe masih terus memburu para pelaku.(*)/viva

1 comment:

  1. Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan Malaysiakini

    Freemalaysiakini2.com

    ReplyDelete