Sidiqin Omar
KUALA LUMPUR 15 APRIL: Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Selangor,
Mohamed Azmin Ali berikrar mempertahan pentadbiran Tan Sri Khalid
Ibrahim yang dijadikan sasaran serangan Umno BN
“Selangor kena serang teruk. Saya akan jadi penglima di negeri ini
dan mempertahan Tan Sri Khalid Ibrahim,” katanya disambut tepukan
gemuruh.
Beliau
berkata demikian depan kira-kira 10,000 hadirin di padang awam AU2
Keramat, Gombak di sini sempena pengumuman calon KEADILAN bagi Parlimen
dan DUN Selangor, malam tadi.
Azmin yang juga calon Parlimen Gombak dan DUN Bukit Antarabangsa
meminta rakyat membanding kebijaksanaan pengurusan Khalid Ibrahim dengan
mana-mana tokoh Umno Selangor.
“Siapa hendak lawan Tan Sri (Khalid)? Ada, namanya Noh Omar. Tapi
mereka akhirnya panggil Najib untuk jadi Pengarah BN Selangor,” katanya.
Berdasarkan lima tahun rekod pemerintahan, kata Azmin, Khalid Ibrahim
tidak melakukan kesalahan seperti menteri besar lalu yang disabit
penyelewengan membabitkan harta negeri.
“Khalid tak curi tanah, tak beli cincin. Rizab Selangor dari RM400 juta dalam lima tahun naik kepada RM2.6 bilion,” katanya.
Ketelusan
pentadbiran itu, kata beliau, memaksa BN membawa bekas Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerang pentadbiran Pakatan di
Selangor.
“Mahathir kata: Kalau orang Islam Selangor nak selamatkan akidah,
hanya Umno yang boleh pertahankan. Dr Mahathir cakap pasal akidah umat
Islam?
“Pemegang saham terbesar syarikat arak (San Miguel) milik siapa?
Mirzan! Mirzan ini siapa? Anak Karpal? Lim Guan Eng?” katanya sebelum
ribuan rakyat lantang menjawab:
“Anak Mahathir”
(FZL)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/
No comments:
Post a Comment