Wednesday, April 10, 2013

‘Baru fasa kenali hati’- Mahali Jasuli

myMetro 10 April 2013

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Kuala Lumpur: “Kami baru saja kenal lima bulan lalu. Bagaimanapun tiada hubungan istimewa kerana kami dalam proses mengenali hati budi,” kata pemain bola sepak kebangsaan, Mahali Jasuli, 24 menjawab hubungannya bersama pelakon sensasi, Tasha Shilla, 27.

Mahali yang juga penyarung jersi Selangor berkata, dia mengenali Tasha November tahun lalu dan dijemput menghadiri sambutan hari jadi pelakon terbabit Januari lalu menerusi kelab peminatnya.
“Dari situlah hubungan kami rapat, tetapi hanya sebagai kawan. Saya akui kami sedang mengenali hati budinya, tetapi hubungan itu belum ke tahap yang lebih serius,” katanya.

Kata Mahali, dia mengharapkan semua pihak tidak memperbesarkan persahabatan mereka kerana komitmennya kini terhadap perjalanan karier bola sepak tempatan.
FotoMahali Jasuli

“Kami diperkenalkan selepas saya menyatakan kepada media artis kegemaran saya adalah Tasha Shilla.

No comments:

Post a Comment